Sunday 2 November 2008

An Ode to Pak Malim, Kucing Ray yang Alim

It has been a terrible start to the day. It would seem as if winter has come to drive away autumn with all its might; the rain, the strong winds and the cold. From where I am sitting, I could see a carpet of golden leaves on the ground, the aftermath of last night’s ferocious attack.

So, any thoughts of going out also went out of the windows and I opted to opening YM windows and cyber windows that allowed me a peak into the outside world without the fear of being blown away.

I went to Norway to see my newfound friend, made my ritual visits to Puteri Kamaliah just to be spooked once again by her eerie stories and many more. Then I decided to look at my own blog traffic, who comes a knocking via which blog. And to my surprise, a visitor found his/her way to choc-a-blog by googling Pak Malim, the ubiquitous cat that is roaming blogosphere, leaving its lyrical pawmarks everywhere.

Pak Malim never fails to provoke a smile and tempt the uninitiated to try a hand at his own brand of verse. I have found him at Puteri’s, Pi Bani’s, NJ’s and Kay’s.

So, it is high time, says Kak Teh, sipping tea with a squeeze of lime,
That we devote an ode to Pak Malim, kucing Ray yang alim.

What do you think, asks Kak Teh, tickled pink!

An Ode to Pak Malim, Kucing Ray yang alim

Siapakah gerangan Pak Malim, banyak orang tertanya,
soal Kak Teh dengan mulut tenganga,
pandai berpantun dan berseloka, agak Kak Teh sambil membaca
dengan sungguh leka.



Pak Malim ke sini dan ke mana-mana,
merayap di alam siber, singgah di sini dan sana,
membawa maksud yang sungguh bermakna,
kata Kak Teh penuh kagum dan terpesona.



Pi Bani beria sungguh nak belikan sardin satu tin,
Untuk Pak Malim yang mungkinkah dari Mantin?
Kak Teh nak merisik asal usul Pak Malim apakah
pakai ilmu batin,

Siapakah dia tanya Kak Teh kepada seorang datin,
Dak aih!! kata Mak Datin, dia bukan dari Mantin,
tambah Mak Datin sambil memakai tudung satin,
mungkin dia kucing yang makan ikan tin,
dan kekadang bermadah bahasa Latin.

Pak Malim yang suka mengelat, kagum baca
Puteri Kamaliah pandai bersilat,
ketawa Kak Teh memikirkan Pak Malim macam ulat, mengelat,
bersilat tapi tak lupa solat.



Nak tahu jawapan Kak Teh melawat Pi Bani,
tengok Pak Malim peluk kera terlalu berani,
Kak Teh tahu Pak Malim pernah ke Indonesia,
pada Kay-Leeda, dia bocorkan rahsia,
Hish! katanya lagi, di sana dia peluk bohsia!

Awatlaaa, Pak Malim, nasib baik kucing bukan manusia!

Bukan bohsia dan kera saja dia suka peluk,
Big Bird juga dia tak kira makhluk,
kepada NJ dia cerita begitu teruk,
Kak Teh ternganga terkejut beruk!



Pak Malim ceritalah sikit tentang diri sendiri,
asal usul kamu dari mana datang ke mari,
setakat nak kenal lagi, kata Kak Teh sambil memberus gigi,
Kalau lah sudi, kita berpantun lagi,
pujuk Kak Teh hampir nak terjatuh perigi.

Baiklah Pak Malim, kucing Ray yang alim,
Kak Teh tanya dengan baik, bukannya zalim,
mana Pi Bani, sambung pulak seloka,
Kak Teh dah penat gelanggang pantun dibuka,
Puteri Kamaliah marilah ikut sama,
pujuk Pak Malim, berentak berirama.


Tapi, Kak Teh masih tertanya, siapakah gerangannya Pak Malim, kucing Ray yang alim??


Himpunan seloka/pantun/syaer Kak Teh:

Me and My Syaer on the no: 7
Syaer Untuk Sang Suami
Syaer Sang Isteri
Balada untuk Abang Malaya
Syaer Sang Spammer
Syaer untuk Blogspot
Syaer Hari Kebangsaan
Syaer Sibuk Sakan
Syaer Pilihanraya



104 comments:

Argus Lou said...

Your pantun is cukup giggle-worthy, Kak Teh yang makan scones bila minum tea. Pak Malim is a crafty sly one, says I who is missing the sun. Barangkali risotto salmon might be up his alley, tonight is other half's turn to make dinner - yippee!

Pi Bani said...

Wow! An ode to Pak Malim! kata Pi Bani yang perasan slim!

Saya pun curious juga, Pak Malim ni kucing breed apa… pikir Pi Bani sambil kumpul old newspaper.

Tapi dari seloka-seloka yang ditinggal di sana sini, termasuk di blog Pi Bani, maka saya membuat rumusan begini:

Nak cari berus,
beli kat pekan
Pak Malim ni kurus,
tak cukup makan

Kain tertinggal
di atas para
di rumah cik nyonya
Pak Malim tinggal
sekitar Damansara
atau kawasan sewaktu dengannya.


Nah gelanggang dah dibuka Kak Teh
Pi Bani dah sambut walaupun letih
Mana Pak Malim, jawablah weh!!

mamasita said...

KT?What is it that you cannot write about?Semua cerita you sedap!Sekarang buat "An Ode to Pak Malim.." pulak!You and Puteri sepusat sepusi ker?Lovely and delightful!Pak Malim dah 'ngiau-ngiau' manja kat cyberspace!haha

[danial][ma] said...

hej! kak teh...whoah! interesting pantun...and pi_bani too...;-) but i don't know how to pantun...

Fauziah Ismail said...

Salam Kak Teh
Siapakah gerangannya Pak Malim ini?
He used to leave comments on my blog before.

Queen Of The House said...

Hahaha what great humour you all have in trying to guess who this Pak Malim is .... no one could have done better this, Kak Teh! Wahai Pak Malim kucing Ray yang alim, janganlah biarkan semua tertanya-tanya, datanglah sini, bukalah bicara.

kay_leeda said...

Aha...best nih Kak Teh. Memang ramai yang tertanya-tanya gerangan Pak Malim siapa dia, sambil makan serawa nangka. Yang alim sikit-sikit tu memanglah dia, tompang lalu kata dia sambil tertawa.

Kelasss your pantun Kak Teh.
Yess..jawab Pak Malim jawab!!

Kama At-Tarawis said...

Hmmm ode to Pak Malim, kucing ray yang alim

kama dah tilik, baca dan tengok
dalam crystal ball kama pi jenguk
nampak si ray duduk tercongok
putar alam betul dia, sikit pun tak bongok

merayap sakan dalam blogsphere
all over dia pi, there and here
he's secretive, that's for sure
but kama kata, have no fear
one day kama will bongkar all his rahsia

ni kama panggil kay sambung
meh kita heret si ray ke lombong
nak interrogate sampai dia melambung
pas tu kita campak dia dalam belukar rebung..!




sebab dia tinggal furballs

Kak Teh said...

Argus berpantun bahasa Manglish,
kak teh ketawa sebab tersangat ticklish,
menunggu Pak Malim yang hisap hasish,
kak teh berleter kat dia: ish! ish! ish!"

Kak Teh said...

Pi Bani rajin membuat rumusan,
kata Kak Teh sambil membaca Tamil Nesan,
Jadi Pak Malim kurus, tinggal di Damansara,
ish Pi Bani, jangan dok bersandiwara,
kak teh tegur dari atas para,
tengok kucing dok berasmara,
Pak Malim kah itu, yang memeluk kera?

Sapa kata Pak Malim tak cukup makan,
cabar kak teh ketawa sakan,
kalau dia tak cukup makan, macammana dia merayap di dunia siber,
singgah sini sana, berpantun dengan kaliber,
ataupun dia dibawa dreber?

Tadi kak teh nampak dia di tempat puteri, sedihnya kak teh tiada terperi,
ingat dia nak singgah di blog kak teh pula, bukannya kak teh tak pelawa,
kak teh janji tak akan ketawa,
Kalau Pak Malim peluk ular sawa,
kak teh jamu pisang serawa,
janji kak teh sambil sendawa.

Kak Teh said...

mamasita, kak teh dan puteri graduate dari Institut Pengajian Merapu, kata kak teh sambil malu tersipu-sipu.
Sunggu seronok merapu dan merepek, kata kak teh sambil peluk Apek.
hahahaha! I am delirious! Help!

Kak Teh said...

Danial Ma, pantun Pak Malim senang saja, kata kak teh menjeling manja.
Ikut saja apa Pak Malim kata,
nasihat kak teh sambil naik kereta.

Kak Teh said...

Fauziah, Pak Malim ni mungkin sepusat sepusing dengan Abang Malaya yang sampai kini tak muncul tiba - dok sibuk buat apa, agaknya?

Kak Teh said...

Queen sudah bertitah menyeru Pak Malim,
janganlah engkar hai kucing yang alim,
nanti Queen murka, tak tahu apa padahnya,
nasihat kak teh jangan dok tanya,
nanti dibuang negeri sampai ke kenya!

Kama At-Tarawis said...

HAHAHAHAHA.. macam mana nk pi tidoq ni? isy isy kak teh..LOL

Kak Teh said...

Kay, kak teh baca di satu blog di alam maya,
rupanya kucing alim ni suka memakai kebaya,
di blog Lollies, dia pergi beraya,
kata kak teh bersungguh-sungguh sambil makan roti dengan sekaya.

Kak Teh terkejut baca dia memeluk bohsia,
semasa dia bercuti di Indonesia,
nanti gamat satu Malaysia,
kucing alim memeluk bohsia,
bukan lagi satu rahsia!

Argus Lou said...

Tengok-tengok saya punya Manglish tak pass, kata saya yang pergi jenguk Naz.
Kak Teh tergelak sebab itchy, kata Argus yang kurang mengaji.
Kalau hari terlalu sejuk, pergilah berpeluk dengan periuk.
Nanti Pak Malim datang ke tanjung, melawat Kat Teh yang berhidung mancung.

Kak Teh said...

kama at-tarawis sudah bersuara,
sudah ditilik, dijenguk di atas para,
tak dapat sembunyi Pak Malim kita,
Kama at-tarawis ni bukan semabarangan orangnya,
kata kak teh sambil ternganga.

sapa kata pak malim seorang he?
tanya kak teh sambil menepuk dahi,
apa kata kalau dia seorang she,
pakai kebaya dan juga sari,
terbayang kak teh sambil menari,
seorang diri di belakang AG.

AG terkejut melihat kak teh,
tertawa sendiri tersengih-sengih,
"Apalah nak jadi bini aku ni?,
tanya AG tapi nak bersuara tak berani,
Tanya lembut, "What's wrong with you, honey?

Kama tangkaplah cepat Pak Malim kucing ray itu,
Kak teh satu hari tak dapat nak buat kerja yang tertentu,
dok pikir pasal pantun Pak Malim,
kucing Ray yang alim,
bongkarkan kisah dia kita jadikan filem!

Kak Teh tergelak sendiri tengok Kama masih tak tidur , masih berdiri,
dok baca pantun, Pak Abu tak marah melantun?
Itulah kita graduan Institut merepek merabun!

Kak Teh said...

Argus datang sekali lagi,
jenguk kak teh di tepi perigi,
elok dah tu, mangish Argus dah cukup
bagus, kata kak teh sambil bermain gambus.
Ish, baiklah kak teh berambus, nak pergi masak mee rebus!

kay_leeda said...

Kak Teh (and Kak Puteri too),

Pak Malim jadi cerita sensasi
Tak tidor jugak dibuat nya kita sampai ke pagi
Satu blogsphere dah kecoh tercari-cari
Duhai Pak Malim silalah muncul kembali

Tak sangka Pak Malim ader Fan Club, sambil menjenguk keluar tingkap
Kalah Mawi, Cik CT dan Nubhan celebrities tempatan yang pastinya suka makan rambutan.

Ms B said...

Kak Teh dear,

*LOL* I fail big time when it comes to pantun.

As Pak Malim leaves his trails at my favourite places, I too wonder who is this cat. Perhaps it is time he reveals himself and put us out of misery.

Oh dear Pak Malim, please stop us from wondering.

Kak Teh said...

Kay-leeda pun masih tak tidur,
kata kak teh sambil berdengkur,
cerita Pak Malim dah jadi sensasi,
cerita Mawi dan Siti pasti dah basi,
kata Kak Teh, sambil hirup Sarsi.

Kay Kak Teh lantik presiden Fan Club,
sebab selalu jenguk di luar tingkap,
Puteri boleh jadi penasihat,
Pi Bani pula, kita jadikan orang kuat,
cadang kak teh yang mengikis ketuat.

Sahlah Pak Malim malu-malu kucing,
bila orang cari dia sembunyi di belakang loceng,
tegur Kak Teh sambil simpan dacing.

Kak Teh said...

Ms B pun tak mahu ketinggalan,
kalau tak boleh pantun, kak teh nak bagi tugasan,
Nampak Pak Malim sampaikan pesan,
janganlah malu, kata kak teh
yang dah nak pengsan!

kay_leeda said...

Ayyooo...suruh jadi President Malim Fan Club pulak dah, teringat gadis Malaya tak suka dedah-dedah.
Lima minit lagi kul 3 pagi, mata celik, belum nak tidur lagi.

Bukan AG saja yamg dah sound kat his honey. ABE juga dah sama-sama membaca comments yang he felt really funny.

Pak Malim, Pak Malim...
Parahlah ni esok pagi, ada meeting with Pak Menteri
Pasti merapu sambil tunjuk gigi
Teringat exchanges dini hari tentang Pak Malim yang dah lari

Kak Teh said...

Kay, oooh esok pagi jumpa Pak Menteri,
kagum kak teh sambil berdiri,
Minta pak menteri syorkan Datok,
kepada Pak Malim yang tidur melintok,
kerana dia hebat di seluruh duniya,
takkanlah Shahruhkan saja yang dapat kurnia,
kata kak teh sungguh beria-ria, sambil terjun ke dalam paya.

D said...

Kak Teh,
Pak Malim thought he was pious, never dreamt he'd be famous!!where's the black cat, no longer on his mat?

Naz in Norway said...

Wahai kekanda kekanda yang bijak bistari
Harap kau jumpa kucing dicari
mungkinkah dia di dalam almari
menanti masa untuk terus berteka-teki
firasatku berkata kucing ini kucing jadian
bukan lelaki bukan perempuan
wahai kucing kalau kau.....-an (eh eh apa rhyme dengan perempuan eh?!)
tampil kedepan,
cuba buktikan!

kak teh, buka class pantun la. i nak join!

Pi Bani said...

Wah! Dah ramai yang tunjuk bakat, kata Pi Bani sambil bersikat.

Tapi Pak Malimnya di mana?
Hingga kini belum menjelma
Biasanya merayau di sini-sana
Mungkinkah dia dalam dilemma
Kalau orang semua kenal dia macamana
Wah! Pak Malim jadi kucing glamour!!


Pak Malim, minta autograph boleh? tanya Pi Bani sambil menoleh...

tireless mom said...

Wah Kak Teh...

Ramai betul yang tak tidur malam sebab melayan Kak Teh's Ode to Pak Malim. So far Pak Malim tak muncul-muncul lagi. Sorry lah saya tak pandai nak berpantun. Otak beku pagi ni sebab banyak yang nak fikir. Tapi saya akan menanti dan mengikuti blog kak Teh untuk mengetahui lebih detail about Pak Malim kucing ray yang alim. Meoowww!

Queen Of The House said...

Queen tak sabar nak baca lagi
kisah Pak Malim di blog Kak Teh ini
pagi-pagi lagi dah datang cari
sampai terlupa nak gosok gigi
geleng kepala saja si suami
dah lah tidur lambat malam tadi
keluh Queen yang nak makan mee ...

Anonymous said...

Komen Pak Malim, kucing ray yg alim.

Kak Teh,

Saya berasa amat terkejut, kata Pak Malim sambil meminum sup bunjut, membaca blog Kak Teh kali ini, kata Pak Malim sambil berenang di Tasik Chini. Dgn rasa rendah diri, kata Pak Malim sambil berdiri-diri, saya ucapkan terima kasih, kata Pak Malim sambil memegang daun selasih. Saya sebenarnya seorang, or is it, seekor? yg penyegan, kata Pak Malim sambil memegang machine gun. Dan pemalu, kerana tangan saya, berbulu. Terima kasih kerana sudi melayan saya walaupun kita tak pernah bersua, kata Pak Malim sambil memeluk burung tempua.

Kepada bloggers yg saya lawati, kata Pak Malim sambil naik pedati, anda semua insan yg baik hati kerana sudi menerima saya walaupun saya adalah kucing Malaysia yg suka memeluk bohsia.

Kak Teh, pantun Kak Teh sangat hebat, kata Pak Malim dgn bulu mata yg lebat. I am so impress, kata Pak Malim sambil naik bas express.

Royalshoppingarcade said...

i was laughing with glee, reading the replies to your story,
I guess pak malim is now shy shy cat,
after being chat about and now we don't know where he's at!

*my disastrous attempt at rhyming*

Kama At-Tarawis said...

hahaha.. buang negeri sampai ke kenya?
ok la tu, buleh pi jumpa tokwan obama!

Queen Of The House said...

Hahahaha! Pecah perut gelak mengekek
Orang ingat saya ni pelek
kata Queen sambil capai handbag ...
(nak pi makan sebab dah tak tahan
perut bunyi macam machine gun)!

kay_leeda said...

Nasib tak lambat jumpa Pak Menteri
Penerangan diberi dengan terang hati
Suka lah hati members of the committee
Project berjalan baik sekali

Sudah diusul Datukship untuk Pak Malim
Aide Pak Menteri teruja but buat-buat alim
Dia memang tak agree Datukship pada yang tak kisah nak claim
Lebih baik bagi pada bloggers semua yang pena nya tak reti dikelim

So Pak Malim has finally responded, arriving in his Ford Escort. You are such a celeb Pak Malim, still looking at the dangling carrot.

Kak Teh said...

Amboi blog kak teh macam jalan raya,
kata kak teh sambil makan roti kaya,
ramai yang datang berpantun berseloka,
ada yang nak baca saja tak buat kerja sambil leka,
tegur kak teh sambil berjenaka.

Nanti kak teh jawab satu persatu,
sebab kesian yang datang dengan pantun bermutu,
janji kak teh sambil cari kutu.

Nampaknya Pak Malim muncul kembali,
Bukan dia lari bukan dia lali,
kata kak teh sambil tarik tali,
tapi dia tu nampaknya kucing mithali.

Anonymous said...

bestnya semua orang berpantun
pasal pak malim, kucing sopan santun
trust kt to start the ball rolling
with an ode to ray punya kucing

i just scooted from blog kama puteri
spooked sakan by her ghost story
lucky i teringat nak singgah di sini
ketar gigi terus jadi tak kering gusi. :D

Kak Teh said...

Di, Pak Malim is Ray's cat who is pious,
and I say that without a little bias,
i suspect he doesnt just sit on the mat,
but I reckon he is just like that,
a fat pious cat!

Kak Teh said...

Naz adinda ku di Norway kata
Pak Malim kucing jadian, bukan lelaki bukan pompuan,
perhati kak teh sambil capai bedak sapuan,
orang ingat kak teh tak ketahuan,
mencari kucing bukan jantan bukan pompuan.

naz cabar Pak Malim muncul ke depan,
kata kak teh sambil menyusun papan,
menunggu Pak Malim dengan penuh harapan,
mengolah seloka dengan amat sopan.

Nak buka kelas pantun bukannya senang,
kata kak teh pada Naz yang sedang berenang,
kita tunggu Maha guru Pak Malim sehingga dia dah tenang,
janji kak teh sambil kunyak sirih pinang.

Kak Teh said...

Pi Bani, memang ramai yang berbakat,
berpantun seloka tiga empat kerat,
kata kak teh minum kopi pekat,
sambil kunyah halwa maskat.

Memang Pak Malim glamour punya kucing,
kata kak teh menimbang dacing,
sambil terkejar ke toilet, excuse me sebab nak ...cing.


Kak Teh ada satu lagi peranan untuk PI Bani,
jadilah agen Pak Malim kalau berani,
Cabar Kak teh sambil makan nasi beriani.

Kak Teh said...

Tireless mom pun nak tahu siapa dia Pak Malim,
kata kak teh makan karipap tak berkelim,
tak apa Tireless mom,
kita cari dia kalau tak demam,
janji kak teh sambil duduk belakang imam.

Kak Teh said...

Kak Teh nampak Queen tidur lambat,
samalah dengan Kay dan puteri nasib baik tak kena sebat,
kata kak teh yang masih nak berdebat,dengan Pak Malim yang berbulu lebat.

Kak Teh said...

Ha tu dia Pak Malim datang merayap,
kak teh nampak dia pakai ketayap,
mungkin baru balik dari surau,
pikir kak teh yang suara dah parau.

Rupanya dia berenang di Tasik Chini,
Hebat dan adventurous si kucing ini,
Tapi dia kata dia seorang yang segan,
tapi tak takut pegang mesen gun!

Tapi kak teh rasa Pak Malim
kucing yang pengasih,
semua dia nak peluk, dia ucap terima kasih,
kepada tuanpunya blog yang dia lawat masih,
kata kak teh sambil sembur sirih.

Tapi Pak Malim kak teh sungguh impress,
Pak Malim suka naik bas express,
penat kak teh menaip, jari dah nak kena rest,
kata kak teh yang nak kena buat eye test.

Jenguklah lagi wahai Pak Malim,
ramainya peminat yang alim dan zalim,
pujuk kucing kak teh yang bernama halim.

Kak Teh said...

Kepada anon yang meninggal mesej kak teh ucap terima kasih,
beritahu kak teh apa yang orang lain tak tahu masih,
biarlah depa berteka teki,
Pak Malim tu pompuan atau lelaki,
yang sah kak teh dah tahu kisah,
memang kak teh dah sangka dia dalam bidang itu, sebab pantun dia sungguh bermutu,
kata kak teh sambil mengunyah muruku.

Kak Teh said...

Royalshopping arcade,
memang pak malim shy shy cat,
he goes out wearing a hat,
but he doesnt sleep on a mat,
because he is such a strange cat.

Kak Teh said...

Kama, macam mana dia nak jumpa obama?
kalau di kenya dibuang negeri begitu lama,
kata kak teh sambil makan kurma.

Queen, pergilah santap kalau dah lapar,
jangan dok asyik berpantun nanti pengsan terkapar!

Kak Teh said...

Kay, alhamdulillah Pak Menteri tak marah,
tengok kay yang sudah mata merah,
sebab tak tidur berpantun dengan ghairah,
kata kak teh dah tak tentu arah.

Dapat projek jangan lupa kak teh,
yang teruk berpantun macam tak letih,
sungut kak teh sambil goreng bertih.

mekyam singgah dari blog puteri,
selepas membaca hantu punya story,
memang scary mary, semua cerita pada malam hari,
kata kak teh dah tak larat nak menari!

Kak Teh said...

Oh kak teh lupa nak pesan,
kepada Pak Malim sebelum kak teh pengsan,
kak teh terjumpa adik beradik kak teh bernama Naz,
duduk di Norway, selalu sejuk tak pernah panas,
jenguklah dia yang ingin nak berkawan,
dia tak kisah Pak Malim jantan atau pompuan,
atau kucing jadian.
Sekian.

Madam Tai Tai Again said...

Kepada Kak Teh dan peminat2 Pak Malim, kata MTT sambil makan haleem. Waduh-waduh sungguh meriah rumah Kak Teh merai the cyber tomcat, kucing yang mungkin memakai tongkat.

Pak Malim kamu udah jadi fofular, di kalangan bloggers di cybersphere. Bila lagi boleh dapat autographnya, pasti kalah celebrity sekiannya.

Kak Teh said...

Itu dia dah datang Madam Tai Tai,
dari Dhaka dia datang mengintai,
kata kak teh sambil memilih petai
dari belakang tirai.

Semua orang nak otograf kucing fofular,
kata kak teh sambil membetulkan kolar,
dan masih berkemban dengan tuala.

MA said...

Ya Rabbiii...you all ni!
Dah tak de kerja la tu,
Asyik dok merapu...


(Amacam Kak Teh? Boleh tak?
Tanya Mak Andeh berambut ketak)

:P

Kak Teh said...

MA, macam mana tak merapu,
kata kak teh sambil makan kacang parpu,
semua dah terjangkit demam Pak Malim,
kucing Ray yang alim,
yang mungkin duduk Tg Malim!

MA, bolehlah tu, tegur kak teh sambil sembunyi belakang pintu!

Naz in Norway said...

Pak Malim bukan setakat fofuler
nampak gaya dia amat glamer
entah bila dapat ku jumper ... :D
walaupun hanya di alam cyber

kak teh, kak teh,
masih tak letih
melayan semua bloggers merintih
menanti sikucing bertekateki
tak habih habih

itik berjalan terkedek kedek
menuju ke arah ibrahim pendek
ketawa aku bagai di geletek
membaca Pak Malim punya feedback!

Wan Nordin Wan Hussin said...

mekyam yang di seberang, selain dari pak malim kucing ray yang alim, tuan puteri seorang sahaja yang masih belum bertakhta di blog sendiri. bila lagi? tanya GUiKP sambil menaip di KLCC.

Kak Teh said...

Naz dah terjangkit demam Pak Malim,
kata kak teh yang dah lama tak pergi Kulim,
Kak Teh memang suka melayan,
kalau berpantun berseloka memang suka sakan,
kata kak teh sambil masuk dalam tempayan.

Kak Teh said...

Amboi,amboi GUiKP blog dari KLCC,
sengih kak teh tak kering gusi.
memang betul Mekyam tu,
bila lagi nak blog ini dan itu,
dah seluruh dunia menjelajah,
naik pesawat, kereta api dan gajah,
kata kak teh yang bertukar wajah.

elisataufik said...

saya tahu! saya tahu! kata elisa mengolek perahu.
tapi mulut kita berkunci, lalu di sumbat dengan kuih koci.
biarlah identiti menjadi rahsia, seperti adegan memeluk bohsia.
curiosity kills the cat, and I hope this wont come to that.
harap pak malim tak terus malu, khayal elisa menghidu glue, walaupun dah jadi famous, gitew...

;)

Kak Teh said...

Oh gitew, elisataufik, kata kak teh yang semakin keliru,
kalau mulut dah terkunci dan disumbat kueh koci, mana aci, kata kak teh menutup laci!

kita kan wartawan, yang beribu kawan,cebik kak teh memegang cawan,
boleh buat investigative reporting,
jatuh cawan melenting,
tapi agak-agaknya dah dapat bayangan,
kata kak teh menyinting lengan.

IKHWANI said...

famous betul Pak Malim sekarang ni!
*kenyit mata kat Elisa - kasi lah tau siapa pak malim? hehehehe..

Kak Teh,

saya tak pandai berpantun seloka
tapi memang terhibur hati membacanya..
banyak kali dah baca komen kucing ray yang alim
tak sangka ramai peminat rupanya dia...

Kak Teh said...

onde-onde mengenyit elisataufik,
kak teh nampak semasa duduk dalam traffic,
mulut dia terkunci, disumbat kuih koci, memangla tak aci,
kata kawan kak teh yang nama Meenaci.

D said...

kak teh memang bijak bistari,
menawan kami, untuk selesai misteri,
Ish, mulut elisa terkunci, disumbat koci,
angkara sapa ni? BENCI!!!

Come on kitty,
put us out of misery...

Kak Teh said...

hahahaha D,
tak habis pikir lagi ke dari tadi?
ketawa kak teh yang belum mandi.

memang elisa tu mulut dikunci,
meh,kita paksa dia, kurung dalam laci!
memang BENCI!!

Pi Bani said...

Kak Teh nak suruh saya jadi agen? tanya Pi Bani sambil minum Sustagen.

Boleh, tapi ada ke Pak Malim nak bagi komisyen? tanya Pi Bani dengan eksyen.

kay_leeda said...

Ya ampunnn..
Dari malam hingga ke pagi
lepas tengahari sambung lagi
tadi Pak Malim jenguk sekali
kat tempat Kay penuh hati-hati

Kak Teh oh Kak Teh
Kay mampir untuk kelima (WOW!!!) kali
Macamana lah boleh terangsang di hati
Cipta ode buat Pak Malim yang gi cari buah hati
Sambil tinggal trails untuk teka teki
Tak senang duduk semua yang kemari
Setiap kali check if ada Pak Malim kembali lagi

Kak Teh said...

Pi Bani,Bila Pak Malim jadi selebriti,dia mestilah hati-hati, maklumlah nanti jadi macam Cik Siti,nak ke mana pun tak senang hati, kata kak teh yang duduk bawah titi. itulah yang kak teh minta Pi bani jadi agen, minum banyak-banyak sustagen, tapi jangan dok eksyen!

Kak Teh said...

Kay, kak teh buat ode pak malim, sebab kita nak raikan kucing yang alim, bukan selalu kita jumpa kucing macam tu, kata kak teh sambil buka pintu, tapi apa-apa pun hal, kak teh harap Pak Malim janganlah jual mahal, kata kak teh sambil simpan papan rehal.

Hi&Lo said...

Kak Teh,

Am speechless. Such beauty of words dedicated to Pak Malim, Kucing Ray yang alim. His words are few but worth its weight in gold.

Sayangnya, I return my bahasa to my cik gu. I dare not murder the language.

Anonymous said...

Lagi Komen Pak Malim, kucing ray yg alim.

Terima kasih, terima kasih
Kata Pak Malim sambil memegang daun selasih
Saya rasa sungguh terharu
Kata Pak Malim sambil memegang ikan cencaru
Di atas semua komen yg diberikan
Kata Pak Malim sambil menggoreng ikan.

Anda semua amat berbakat
Kata Pak Malim sambil meminum susu pekat
Memberi komen yg sungguh impressive
Kata Pak Malim sambil memegang explosive.

(Dia nak bunuh diri sebab takut ditangkap oleh Polis DiRaja Malaysia atas kesalahan memeluk bohsia).

Siapakah Pak Malim sebenarnya
Kata sepupunya Singa Narnia
Dia hanyalah kucing jalanan
Yang selalu datang meminta makan

D said...

'hanya kucing jalanan'?
.
.
.
is that the end?

Kak Teh said...

Hi&Lo, this reminds me of those days searching for the identity of Abang Malaya! That was fun and indeed now I am having fun! Join in laaa, am sure your bahasa terror merror!

Kak Teh said...

Pak Malim, kucing ray yg alim.

Terima kasih Pak Maling datang lagi untuk ucap terima kasih,
kepada yang layan Pak Malim yang pegang daun selasih.
Janganlah terharu, kita semua kenal bukannya baru,
kata kak teh sambil goreng ikan cencaru
Semua orang suka, sampai tak kerja menjadi leka,
membaca pantun dan seloka
habis hilang sedih dan duka,
tambah kak teh perap ikan dengan cuka.

Janganlah kata Pak Malim kucing jalanan,
sedih kak teh dengar air mata berlinangan,
Pak Malim kucing alim yang ada kelas,
puji kak teh sambil mengangkat gelas.

Kak Teh said...

D, no it is not the end,
says kak teh rolling in the sand,
for we have another plan,
for Pak Malim to come to the West End.

Salt N Turmeric said...

amboi amboi amboi, kata farina sambil makan asam boi
ramainya peminat pak malim, kucing ray yg alim
Now pak malim dah ada fanclub, kata farina yg debab
bila pulak nak bukak blog sendiri, kata farina sambil makan berdiri

Anonymous said...

kt, memang betul tak jadi kerja, kata mekyam yang asyik curi-curi baca. when i read pasai kt sampai tak mandi-mandi, mekyam tergelak almost jatuh dari kerusi

kt dan d, lepas west end bawak kat broadway lah pulak - show pak malim, kucing ray yang amat lawak. apa kata, from blog fofular choc-a-bloc... bawak teruih sampai on-the-road macam 'vagina monologue'!

Lollies said...

Wah! Wah! Wah!, Jerit Lollies sambil makan nasi kawah,
sebegini femes kucing pak malim, kata lollies sambil mengelim,
lollies juga sering bertanya, kata lollies sambil bergaya, siapakah gerangan dia sebenarnya, kata lollies sambil ketawa.

apa lagi kucing yang femes, kata lollies yang makan famous amos, bukalah gelanggang boleh berkenalan, kata lollies yang suka berkawan.

hebatlah Kak teh, kata lollies menghirup ayer teh.

Kak Teh said...

Tu dia Farina dah datang makan asam boi, kata kak teh jalan macam koboi,
dia suruh pak malim buka blog sendiri ,kak teh setuju sambil gigit jari,
so, tunggu apa lagi, blogspot atau wordpress , kata kak teh sambil naik bas express.

Kak Teh said...

Ish, ish, ish, mekyam datang pulak,
gelak kat kak teh jatuh kerusi melalak,
nak bawa Pak Malim ke Broadway tunjuk lawak,
kak teh sokong saja, sebab nak tengok depa gelak.

Mekyam di mana tak tidork lagi?
Tanya Kak Teh sambil berlari ke perigi,
nak cari Pak Malim yang merayap sampai pagi,
Kak Teh tak jadi kerja, dari pagi sampai senja!

Kak Teh said...

Terkejut Kak Teh dengar Lollies melatah, fikir kak teh dia ada di Timur Tengah,
berita Pak Malim dah sampai ke sana,
rungut kak teh tak semena-mena,
sungguh fofuler kucing alim kita,
dari Malaysia ke UK, US dan negara arab saudia, terkenal seluruh dunia!

MrsNordin said...

A very good posting, kata MrsNordin yang baru balik dating. Kak Teh memang pandai berpantun, amat sesuai dengan Pak Malim yang bersopan santun.

(ok tak ni? tanya MrsNordin yang teruja di sini)

Wan Nordin Wan Hussin said...

Kak Teh dan Pi Bani sokmo gila-gila,
Membuat pembaca sewel dan senyum sendiri,
Mahu tapi malu agaknya Pak Malim kita,
Bilalah identitinya bukan rahsia lagi?

Chahya said...

HAHAHA...sukanya hati dapat ketawa,
Si Kucing Alim tu memang pandai berpantun seloka, Kak teh pun apa kurangnya, tak sangka ramai pengikut pula.
Firasat Chahya, Pak Malim Si Kucing Alim kalau tak ada blog, memang tak boleh percaya!
Kak Teh kan wartawan, apalagi, buatlah siasatan. Dapatlah kita semua berkenalan,
dengan Pak Malim Si Kucing Alim yang menawan.

Kak Teh said...

Mrs N pun teruja dengan kisah Pak Malim,
kata kak teh yang baru bangun sambil dengar lagu SM Salim,
dia balik dari dating, terus ke sini tanpa pakai anting-anting, perhati kak teh hampir melenting,
pandai juga Mrs N ni berpantun, jawab kak teh sambil ketuk merton!

Kak Teh said...

GUiKP,
tak payah Kak Teh dan Pi Bani buat orang sewel dan gila,
memang dah ramai senyum sendiri dan ketawa,
identiti Pak Malim dah jadi berita,
kata kak teh sambil menengok TV3,
mungkinkah dia Karam Singh, jejaka kita,
fikir kak teh yang masih tertanya-tanya,
sebab pantun dan kata-kata hikmat Karam hampir sama!

Kak Teh said...

hahahaha, sukanya Chahya,
mencabar kak teh suruh selidik dan teroka,
kata kak teh sambil makan seri muka,
Kak Teh dah google dan interview semuanya,
Nak tahu sapakah Pak Malim kita.

Nanti kak teh buat berita, ya?

melayudilondon said...

Ahhhh,saya pun nak tahu
kata Shikin mengayuh perahu

Siapa gerangan kucing itu
kata Shikin mencari kutu

Bukan nak sepak, bukan nak sakit
komen Shikin menolak rakit

Cuma saya pun dah terjangkit
jawab Shikin memakai songket

melayudilondon said...

And who is this fabulous,
fantastic cat?
Asked shikin while wearing a bright green hat

He prowls and leaves his marks galore, mused shikin whilst standing in Bangalore

And even stranger than a cat who can rhyme, said shikin while chewing on a little thyme

...is a cat who can use his paws to type,said shikin as she chat on Skype

heheheheheh confirm fail English Literature ni

wmw said...

Hi Kak Teh,

How have you been? It's been awhile since I dropped by your blog. Still going great! I've been busy with some consultancy work and would like to know if you can help me in contacting someone I think you know. Could you email me/furnish me with your email address so that I can ask you for more info? Thanks for your help. My email is emailwmw@gmail.com

Kak Teh said...

Ahhhh,MelayuLondon bermadah berdwi bahasa, kata kak teh sambil makan laksa,
Kalau nak tahu Melayu London yang kini dah indah balik ke Singapura dah lama terjangkit demam Pak Malim, cerita kak teh kepada semua peminat kucing yang alim.

Setiap kali berYM dengan kak teh,
Melayu diLondon pasti berpantun macam bertih, terang kak teh yang memang sudah letih, seharian bekerja sambil minum teh.

Kak Teh said...

Melayudi London, I have never seen you wearing a bright green hat, nor heard of your forays to bangalore, muses kak teh thinking you are aready in Singapore.

But syikin, this is no ordinary cat, who not only dabbles in rhyme but uses a laptop to type, says kak teh who is amazed at such hype, hoping one day Pak Malim will also skype.

Kak Teh said...

wmw, thanks for dropping by. I have also not been to your blog for some time, but had a peek just now, and what lovely pictures you have! Will be in touch as promised.

jabishah said...

Hello Kak Teh,
Been to your blog before & did drop a comment which was a long time ago. But this time meriah betul tu. I pun kenalah menyibuk jugak ...;-)

Anak rusa nani,
Baru tumbuh ekor,
Apa salah saya,
Lalu tidak tegur..

Ok? Ingat lagi belajar pantun tu masa darjah 2. Kira pantun tu dedicated tu kucing popular Kak Teh laa..

But utk Kak Teh pun ada.

Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas.

Kih! Kih! Kih!

AuntieYan said...

Salam Kak Teh,

Nampaknya ramai yang teruja dengan seloka Kak Teh, termasuklah Auntie yang sedang menggoreng berteh.Sapalah gamaknya Si Kucing Ray yang Alim ini, ntah-ntah dia ni jelmaan Naga Tasek Chini.Mari kita ramai-ramai cari dia kita bubuh dalam raga letak atas para sambil minum air pegaga supaya awet muda.
Salam Kak Teh yang puteh kata Auntie sebaik saja habis menggoreng berteh....

( keh!...keh!...ok tak Kak Teh?)

Kak Teh said...

Jabishah, thanks for finding your way back to my blog again and leaving a pantun or two. I supposeI have to thank Pak Malim for this, kata kak teh sambil tampar nyamuk aedis.

Kak Teh said...

amboi aunty yan lagi kejam, nak bubuh Pak Malim dalam raga sambil minum air pegaga, kata kak teh yang baru jaga.

Apa khabark aunty yan? Kak teh jenguk juga aunty yan masa dengar berita masuk hospital. Hope you are okay now. Insyaallah.

sue said...

Nak join jugak,kata Sue sambil tergelak,rasa-rasanya Pak Malim mysterious person, kata hati sambil buka present..

Buka present dapat gitar karen, Pak Malim ni mesti dah veteran..;-D

Royalshoppingarcade said...

This gets better and better,
kata RSA sambil menyapu butter!

Kak Teh said...

sue pun lama tak jenguk kak teh, tapi pantun pak malim berjaya memujuk sue lagi, kata kak teh yang bangun pagi-pagi.Jadi kak teh ucapkan terima kasih, dan seperti pak malim , kak teh memegang daun selasih.

Kak Teh said...

RSA, of course it gets better and better, says kak teh while writing a letter, but that doesnt matter, cos I can do it later.

ummisara said...

kak teh...how r u?

lama betoi i tak singgah chocoblog..

seloka u nih menginagtkan i pada seloka denagn abg malaya...


have a good day dear.

Queen Of The House said...

Ya Rabbi tak habih lagi ka?
Tanya Queen menggeleng kepala
Sampai bila Kak Teh nak melalut
buat semua ketawa sampai sakit perut!

Kak Teh said...

edelweiss, yes, this really brought me back to the days when i was hooked to the pc waiting for Abang Malaya to come back with more. How are you? busy lagi?

Kak Teh said...

Queen oh Queen, jangan pecah perut, sebab kak teh masih nak melalut!

anyway, thanks for all your contribution...and now backto more serious work.

ummisara said...

Kak Teh,

nih baru berkesempatan menjengah ke blog u....rindu dah :)

still busy :(( u take care dear

Kak Teh said...

edelweiss, thanks. Busy pun masih menjenguk kak teh. take care.