Sunday 14 May 2006

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU

Salam semua,
Antara sedar dan tak sedar, banyak yang Kak Teh terfikir tentang apa yang nak blog untuk Hari Ibu. Dua tiga hari ni, Kak Teh demam teruk juga...mula-mula ingatkan Hayfever yang memang Kak Teh dapat setiap tahun menjelang musim bunga dan musim panas. Tapi lama-lama, badan panas sejuk, tulang sengal-sengal..kepala semakin berat. Sahlah Kak Teh dapat flu. Jadi, sebab tulah, satu apapun tak dapat tulis untuk Hari Ibu.

Dalam keadaan begini, terlentang tidur banyak juga yang datang melayan fikiran. Teringat Mak yang lebih sakit, lapan ribu batu jauhnya. Masa Kak Teh balik tahun lalu, Mak sakit kuat. Malah orang semua dah baca YAssin. Kak, Kak Cik, Abang, Ajie dan Lilah semuanya tak jauh dari Mak. Semua berjaga siang malam. Kak Teh saja yang jauh, dengar cerita dari jauh. Cuma dapat menangis dan berdoa sempat jumpa Mak. Alhamdulillah, Kak Teh dapat beli tiket dan terbang pulang.

Sampai saja ke rumah, Mak nampaknya macam tak ada harapan. Dia pandang lama muka Kak Teh, dia kata, "Anak Mak dah balik, anak Mak dah balik." Kak Teh dah tak berdaya kata apa-apa. Kak Teh ingat itulah mungkin kata-katanya yang terakhir. Tapi dengan takdir Tuhan, Mak menjadi segar semula. Dapat berjalan dan makan seperti biasa. Kak, yang menjaga Mak siang malam, jatuh sakit pula dan terpaksa tidur di bilik lain, takut jangkit pada Mak pulak.

Dan Kak pesan, jangan bagi tau Mak dia sakit, sebab nanti Mak risau. Tapi Mak, seperti mak mak lain, dia tau. Dia kata, "Lebih baik Mak yang sakit daripada anak-anak Mak sakit. Mak tak sanggup tengok anak-anak Mak sakit,"

Kak Teh bayangkan, kalaulah Mak tau Kak teh sakit, dia pun tak boleh duduk diam. Selalunya kalau anak-anak sakit, Mak masak moi - atau nasi bubur dengan sup ayam. Apabila makan, terus selimut dan terus kebah. Baik cepat. Mak akan usap-usap kepala.

Masa Mak sakit dulu, anak-anak yang jaga Mak. Memang tak sama.

Mak ialah seorang yang bersih dan cermat. Makanan yang dibawa kepadanya mestilah dalam talam yang beralas. Semuanya mesti beralas. Selepas mandi, dia nak pakaian yang sudah diseterika dan bersih. Dan mesti pakai minyak wangi. Dia kata, "Mak dah lah sakit, jangan bagi orang tengok macam orang sakit." Betul jugak, kan?

Semasa dia menjaga emak dia sendiri (Tok Kak Teh), teruk juga sebab masa tu umur Mak Kak teh dah dekat 70 tahun. Tok dah tak boleh jalan. Tapi cerewet. Tapi semuanya dia nak buat sendiri. Letak saja flask air panas dengan kopi, dia buat sendiri. Ambil baju yang dah kering dari luar, dia sendiri yang lipat. Orang lain lipat tak cantik. Semuanya tak kena.

dengan mak Posted by Picasa

Pix by Nadya Shahabudin


Kalau Mak dah tension, dia pergi ke pekan Alor Star, tengok-tengok kain murah buat baju. Dia pi Pekan Rabu, beli barang. Kalau tension tu menjadi-jadi, Mak terbang ke Kuala Lumpur, dok dengan Kak Cik atau Lilah atau Ajie.

Bukan orang tak tau Tok. Dia rajin berleter. Daripada Mak berdosa melawan dia, Mak keluarlah - pi release tension. Biar Mak Som jaga Tok. Mak Som tu tak berapa dengar, jadi, apa Tok kata dia tak ambil kesah.

Semasa Tok dah teruk sangat, belakang Tok dah dapat bedsores. Kesian. Semua ni pun, Kak Teh dengar khabar dari jauh. Lagi banyak Tok menggaru, lebih banyak keluar daging-daging belakang dia. Keisan.

Tiap-tiap malam, sebelum tidur, Mak akan hampiri Tok. Dia kata," Mak, Yun minta ampun minta maaf, Mak. Yun terpaksa ikat tangan Mak. Kalau tak ikat nanti Mak garu lagi," Menangis Kak Teh dengar Kak Cik cerita kat Kak Teh dalam telefon. Sabarnya Mak. Esok dia lepaskan balik ikatan tu. Jadi, tok tak menggaru sangat. Kalau doktor datang balut pun, dia garu jugak.

Masa Tok sakit, masa menjaga Tok, Mak tak pernah sakit. Malah, dia tak boleh sakit. Sebab tu lah selepas Tok pergi, dia mula sakit. Baru dia boleh let go!

Kak Teh terfikir, bolehkah kita jaga Mak , macam Mak jaga Mak dia?

Di sini, Kak Teh nak ucapkan beribu terima kasih kepda Kak Cik, Lilah, Ajie, Kak dan Abang kerana menjaga Mak. Kak Teh jauh, cuma boleh hantar duit beli vitamin, duit tambang kapal terbang dia nak ke sana sini, dan Kak Teh tetap berdoa supaya Tuhan ringankan beban sakit Mak.

Dalam dua tiga hari ni kata-kata ini bermain di kepala Kak Teh:

Pimpinlah tangan Mak semasa Mak boleh lagi berjalan,
Bercakaplah dengan Mak semasa Mak boleh lagi dengar,
Tenunglah mata Mak semasa Mak masih lagi boleh melihat,
Ucaplah sayang kepada Mak, semasa dia masih lagi boleh faham.

Dari nak tulis sikit, dah jadi banyak, sehinggakan sup ayam panas yang anak letak tepi komputer dah jadi sejuk. Sang suami buatkan sup macam Mak buat dulu.

SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU-IBU DI SINI.

PS
Mak, anak Mak nak balik tak lama lagi, tunggu, ya?

52 comments:

Jane Sunshine said...

Ibu-suatu perkataan yang membawa seribu senyuman. Kekadang bila anak menjadi 'ibu' pula. Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu!!!

Kak Teh said...

Jane, that day will come to you - I promise you that! and when it does, call me from the maternity ward!

Anonymous said...

kak teh, nak ikut balik. I miss my Mak jugak!

~elisa~

Anonymous said...

Selamat Hari Ibu, Kak Teh!

I love your post today, despite you saying that you didn't know what to write. may you be reunited with your Mother soon. :)

MA said...

Deep.

Happy Mother's Day, Kak Teh !

Kak Teh said...

elisa - mai lah balik! boleh jumpa macam dulu!
may, thanks - insyaallah i will see her soon.
MA -s ame to u!

anggerik merah said...

KakTeh...sedih nya baca! Can't hold my emotion.

AM doakan KakTeh dapat bersama mak very soon.. In the mean time, you take good care of yr health (I am sure yr kids and hubby always there to ensure your speedey recovery from flu). Yr mak need you see...

Happy mother's day to you!

simah said...

selamat hari ibu kat you too kak teh...

Mesti seronok mak kak teh anak dia dah nak balik....dan kak teh boleh peluk cium mak kak teh sepuas puasnya...

hmmmm...kasih sayang seorang ibu...

maklang said...

Iyelah kak Teh....mak lah segala2nya... syurga dibawah tapak kaki ibu....

Kak Teh said...

AM, thanks for yr doa. And same to u!
simah, thanks - my sister is going to Istanbul soon!
Mak Lang..betul, betul!

Lollies said...

you made me cry...

Anonymous said...

Rasa mcm nak peluk kak teh waktu ni jugak, because you write something that I had been thinking for some time. Lagi lagi sebut Pekan Rabu... my mom pindah dok kat aloq staq balik now...Tak sabaq nak tunggu fall nak balik jumpak mak

Thank you for this very moving piece kak teh. Selamat Hari Ibu...

Sya said...

kak teh selamat hari ibu pada kak teh dan pada mak kak teh.. mcm org kata mak bela anak 10 boleh tapi anak 10 orang nak jaga ibu sorang belum tentu boleh

ManaL said...

I dedicate these 2 songs to all mothers out there including my mama,
Lagu Ibu by P.Ramlee and Syurga itu di telapak kaki ibu by Aishah.

Tapi kan, awat time blues2 nih tulis dalam malay plak? hehe...bahasa blog entry pon boleh kasi the mood of the story, yea kak teh? Sorry la kalau anti-climax. Nak la plak baca entry from ur kids about u sempena hari ibu...that if u permit that to be printed here la.

marina said...

Selamat Hari Ibu Kak Teh...

-Ibu kepada 6 anak berbulu-

Kak Teh said...

Lollies, am so so sorry. This day must be so hard for you!
mar, kut depa dok pi jumpa kat pekan rabu! jom balik sekali!
sya, memang - anak sepuluh tak boleh bela emak sorang!
manal, thanks for the dedicarion. Ish, kadang2 kak teh tulis dalam bahasa melayu jugak..tengok syair tu!
marina, bagus jugak tu..kak teh pun ada enam anak berbulu tu!

Anonymous said...

kakteh, hari ni mata blur sikit bila baca your blog!! this anak perantau is missing her mum and msia big time. i hope you'll have a wonderful and barakah time with your mum, inshaallah. take it easy today ..

ubisetela said...

Happy Mother's Day to all moms!

KakTeh
belum sihat ye, get well soon & take care. Have a safe journey home & selamat jumpa Mak.

atenah said...

kebetulan saya pun blog pasai my Mak and her Mak

yup, tears rolling here too

AuntyN said...

Kak Teh, memang terasa macam kita ni jahat bila we have to be cruel in order to be kind. Tapi apa nak buat kadang2 terpaksa buat macam tu.

Selamat Hari Ibu untuk Kak Teh.
Get well soon.

Kak Teh said...

klmuk - i can just imagine how hardit must be for u! Hujan lah di Texas tu!
ubisetela, aha - kak teh belum sehat. thanks for the wishes.
atenah..yap read that too. macam depa seangkatan.
auntyN - happy hari ibu to u too.

nadya.s said...

sedih la pulak cerita makteh hari ni..sob!sob!

SELAMAT HARI IBU utk makteh & semua ibu2 kt sini.

Alinlai said...

sedihnya...teringat mak juga :(
'Selamat Hari Ibu kak teh :)'

Anonymous said...

tiba2 rindukan arwah mak (my grandmother)..rindu serindu-rindunya bila baca entry ni..
selamat menunaikan umrah..semoga kak teh dirahmati Allah.


nef

Nazrah Leopolis said...

after reading this, i can safely say i am all packed and ready to go home to my Mak...

i will search deeply into those eyes bcuz i don't think i have ever done that.

Mama Rock said...

tears welled in my eyes - though i ma not far from my mum (kl - jb bukannya jauh na), but time doesnt permit us to be around selalu.

happy mohter's day to you too kak teh. have a safe jpurney home to ibunda tercinta.

UglyButAdorable said...

happy mother's day kak teh. Thanks for the kata-kata..it's deep for me..i will take the all oportunities given to dig deeper with my mom.. and i hope kak teh dah bertambah sihat..

simah said...

tell her to have fun in istanbul!! dia mai pakai tour ka?

by the way...kak teh dah sihat? kak teh lak bila nak balik mesia?

sue said...

kak teh..touching nyer..
happy mother's day

Queen Of The House said...

Kak Teh, that was so beautifully said. Sedih pun ada, but it made me smile nevertheless.

KC said...

Kak Teh,
Mak kita ni adik beradik kah?? LOL!
My mom only eats when it's properly served to her. Mesti ada alas kain biar pun makan mee segera. Kalau duduk kat rumah sorang2, makan mesti ada napkin dan alas kain dalam dulang.
She always said the same thing to me " sementara mama masih ada ni, cakaplah puas-puas, sementara masih boleh dengar ni sembanglah banyak2...jangan esok menyesal..."

Idham said...

*salam*
selamat hari ibu kak teh!

idham.

Kak Teh said...

Nad and alinlai, Thanks..and nad will look for that thing soon.
nef, am so so so sorry that this brings back memories. I know how much you loved her and now missing her too!
naz, do that and enjoy yr time with her. My doa with you!
mama rock, i know how its is, sometimes so near and yet so far. But at least boleh lah terpa balik kalau ada apa-apa, kan?

Kak Teh said...

uBUTa, ya- always remember that. take care.
simah - dah reply to yr email. They are on their way.
bisutulibuta - alhamdulillah. i know u are always in touch with her!! and she has always been there for u , kan?
traveller - thanks - eh, lama tak nampak!
QOTH - thanks. memories are made of these.
KC - mak kat teh macam tu - pakai baju nak yang bersih dan cantik, semua kena matching warna, beg and kasut. dulu semuanya bergaya.
idham, thanks and take care.

ROYAL JESTER said...

Kak Teh,
SOrry terlambat.
Happy mother's day to you too. When I look at my 2 adorable children, I tak sangka I gave birth to them. I still am the same person just that now I have that extra love to give and receive and that is the most extraordinary feeling in the whole world. I can't afford to cry now as I'm writing from office.
But you are a gr8 mother, I can tell, just like your mother to you.
Take care.

sue said...

tak menghilang, cuma ada technical problem accessing ur blog..skrg dah ok dah..bukak2 ada entry yg menyentuh hati..

Honeytar said...

Kak Teh: Selamat Hari Ibu.

Same wish to AG, sebab dia buat sup ayam macam mak buat. He hehh...

KakNi said...

Kak Teh, Selamat Hari Ibu kepada Kak Teh jugak

Blabarella said...

Sebak baca ni, Kak Teh. Tengok gambar tu lagi lah tersedak2. Happy Hari Ibu buat Kak Teh dan semua mama2 di dunia ini.

dee3 said...

baru hari ni berkesempatan sedikit melawat blog kak teh yang sangat menge-pull heartstrings ni..

sebak la!

aNIe said...

Alahai Kak Teh...berlinang air mata lady baca entry kak teh ni...seperti biasa....apa2 entry pasal emak pasti meruntun hati...

betul kata kata kak teh...

Pimpinlah tangan Mak semasa Mak boleh lagi berjalan,
Bercakaplah dengan Mak semasa Mak boleh lagi dengar,
Tenunglah mata Mak semasa Mak masih lagi boleh melihat,
Ucaplah sayang kepada Mak, semasa dia masih lagi boleh faham.

..dan pada sesiapa yang masih ade mak...ingatlah kata2 itu...

SELAMAT HARI IBU juga buat Kak Teh...

win said...

kak teh,

menitis air mata saya baca entry akak. tersentuh sebab banyak persamaan. i feel what u feel and hope what u hope.

Anonymous said...

boleh ucapkan 'Happy Guardian's Day' jugak? haven't thanked you and Abang Wan properly for being such wonderful hosts way back in the 80s.

tee said...

happy belated mother's day to u tooo kak teh n ur mom n also to all moms out there.

so, when is ur arrival? mesti busy catching up with sedara mara n esp. ur mom...

*hugs n kisses*

Ely said...

yes i missed this entry. but i sure did not miss the magic feeling when reading this.

big hugs to u!

Norma Kassim PhD said...

mother is always special..

Anonymous said...

kak teh, lama tak singgah kat sini. Baca entry kak teh ni memang buat kita terpikir pasal my mother's sacrifies. Indeed very deep. Bila ingat balik my mother's sacrifies when I was not well, memang takde tolok bandingan kasih sayang seorang ibu. She's gone through alot. Thanks for sharing. I hope it's not too late to wish you Happy Mother's Day Kak Teh.

p.s
I hope to see you soon!!

Count Byron said...

Pimpinlah tangan Mak semasa Mak boleh lagi berjalan, Bercakaplah dengan Mak semasa Mak boleh lagi dengar, Tenunglah mata Mak semasa Mak masih lagi boleh melihat, Ucaplah sayang kepada Mak, semasa dia masih lagi boleh faham.

KT, very profound, very sobering, heart-tugging. I love your Mak, in all her delicate vulnerability, her spirit of sacrifice, her courage to take the place of her children if ever they get sick. Not many mom are able to verbalise those KT. Consider yours is unique and very special indeed.
Thank u for sharing those gems Kak Teh.

Arena said...

Hiba sangat..Selamat hari ibu kak teh.. or should i call u mak teh since, my baba knows u and your hubby.. :-)

Anonymous said...

I lost my mak last September. She was not sick.Dah ajal. Rasa macam mimpi when my sister informed me mak dan tak de. She was only 59. As I am writing this I am trying hard not to cry. I MISS U MAK!!!!!!

Ajzie said...

Kak Teh,
Harap tak terlambat..Lama tak datang sini. Happy Belated Mutter Tag dari Ajzie


Salam

Halim Hashim said...

mmmmm...Selamat Hari Ibu jugak pada semua ibu-ibu diluar sana...dan juga pada KaK Teh...ibuuuu..ibuuu..engkau lahh ratuuu hati kuuuuuu....