Monday 20 November 2006

Balada untuk Abang Malaya...Dari Jalan Riong ke London

Wahai pembaca Kak Teh berseloka,
membuka cerita pada pagi hari buta,
menyahut Abang Malaya empunya cerita,
bertanyakan khabar Kak Teh sekeluarga.

Muncul Abang Malaya mengusik jiwa,
terkenang kembali waktu remaja,
Di Jalan Riong Kak Teh bekerja,
sebelum ke London ingat 3 tahun saja.

Gurindam Abang Malaya membuka kisah,
selagi tak tahu nama hati gelisah,
Kak Teh berseloka supaya tak resah,
sehingga dapat tahu namamu yang sah.

Gurindam Abang Malaya mengusik kalbu,
ke Jalan Riong fikiran ku melulu,
semasa wartawan remaja dari ITM dulu,
nak panggung kepalapun rasa malu.

Jalan Riong menyimpan seribu kenangan,
tempat bertemu kekasih pujaan,
ramai lagi teman dan rakan,
sehingga hari ini masih berkawan.

Dua puluh enam tahun di perantauan,
pulang selalu jenguk ibu dan taulan,
ke Jalan Riong mencari kawan
rasa terubat hati yang rawan.

Abang Malaya duduk di mana,
kerja di NST atau BH sana?
kalau dah pencen sekarang bagaimana
datanglah ke London makan angin bersama.

Dulu memang Kak Teh dikatakan ayu,
bersarung kebaya kita selalu,
sekarang pinggang tak ada hati ku sayu,
makan banyak semuanya lalu.

Yang mana satu Abang Malaya,
Kak Teh dok ingat jangan tak percaya,
banyak juga teman abang2 jejaka,
semuanya hemsem dan kacak belaka.

Berselang bulan, musim dan tahun,
bertambah usia, uban di ubun,
yang dulu ramping dah jadi tembun,
Botak dan boroi jejaka dah jadi rabun.

Kami masih dalam ingatan Abang,
terima kasih diucapkan datang bersembang,
dalam dunia siber kita bergebang,
bila agaknya nak jumpa berdepang-depang (this is the Trenganu influence!)

Sudahlah di sini, Kak Teh bermadah,
berseloka sakan di pagi nan indah,
ku mohon diri untuk menyiapkan juadah,
sebelum bekerja yang tak sudah-sudah.

60 comments:

Kak Elle said...

ewah..ewah kak teh..siapa pula abg malaya?

Kak Teh said...

kak elle, itu lah dia. ni sekola nak cari identiti abang malaya.

Anonymous said...

pok amai-amai
belalang kupu-kupu
Mari ramai-ramai
Cari siapa Abang Malaya tu.

ucu

Kak Teh said...

oops sorry, kak elle - itis seloka , not sekola..hehe.

cucu long timah,

pok amai amai
mainan anak-anak,
Abang Malaya belum mai,
dia mai, kita tanya, nak?

Anonymous said...

Kakteh2

Wahai Adik Teh orang bijaksana
Abang Malaya seronok tak terkira
Jadi bahan dalam blok popular
Orang lain pun dok tanya-tanya.

Tadi Abang Malaya dah cuba hantar
Tapi macam mana dia tak keluar
Boleh jadi komputer tercabut wayar
Atau bil talipon abang lupa bayar.

Dok suruh kak hang di rumah cari
Dalam komputer kalau-kalau ada lagi
Dia kata, eih macam mana boleh jadi
Abang Malaya excited sangat ni!

Kak hang dia tak marah
Dia pulak yang tumpang kerah
Suruh abang berpantun bermadah
Dia dok gelak tak sudah-sudah.

Tak apalah kita berpantun seloka
Perkaya khazanah budaya bangsa
Di alam siber kita bercerita
Kisah zaman dahulu kala.

Masa kita mula-mula jumpa
Memanglah Adik Teh muda remaja
Badan langsing elok tak terkira
Berkain batik berbaju kebaya.

Abang Malaya lama di Balai Berita
Dengan NST dan BH semua dah kerja
Buruk dan baik sudah dirasa
Jatuh dan bangun perkara biasa.

Cik Edelweis(s)pun ingin nak tahu
Abang Malaya ni yang mana satu?
Kak Elle pun nampaknya setuju
Suruh Kak Teh selidik seludu.

Tak payah tahulah siapa Abang Malaya
Teka-meneka tajamkan minda
Berpantun seloka gurindam lara
Khazanah bangsa jadi pusaka.

Abang Malaya mohon berhenti
Berjumpa lagi di lain kali
Pantun seloka penuh berseni
Bergurau senda menghibur hati.

Anonymous said...

amboi mak teh! i mean kak teh..ehehe, sakan berseloka, abang malaya pun menyahut bersama disini! siap bermisteri lagi!

Fauziah Ismail said...

Cari Kak Teh, jangan tak cari
Siapa Abang Malaya yang satu ini
Kami pun hendak tahu identiti
Reporter, editor atau kerani?

Anonymous said...

Alamak madah seloka!...Boleh baca, tapi tak boleh nak join sekali lah kak teh :)

wonda said...

"The mystery of Abang Malaya" by "Kak Teh Bylton"? :D

HCI said...

he he terror orang terengganu kata kak teh dan abang malaya berpantun seloka. Jangan bawak tak leh tidur dah ler, he he he.

AuntyN said...

Untuk Kak Teh

Ucapan salam pembuka kata
Untuk semua para pembaca
Maaf Kak teh pinta bicara
Mengutus seloka untuk Abang Malaya

Untuk Abang Malaya

Abang Malaya di beri nama
Indah susunan bahasa seloka
Bukan Hanya Kak Teh tertanya-tanya
Kami yang lain pun menumpang sama

Indah susunan bahasa seloka
Buat kita bergurau senda
Dah pasti banyak ilmu di dada
Buatlah blog untuk kami baca

Jari sepuluh di susun bersama
Untuk Kak Teh dan Abang Pujangga
Jika terkasar tersilap bahasa
Ku pohon ampun dan maaf seadanya

~ GAB ~ said...

Kalau bab seloka pantun, hanya ini yang GAB mampu...

Kura kura terjun dari atas titi,
Bukan pura2 tapi memang tak reti.

hehe, anyway tabik to both of ya, Kak Teh & Abg Malaya (I am very sure he's upgraded his name from Tanah Melayu before this)

Anonymous said...

Wahai Ikanbilis, X-Matters dan Wanda
Mars dan Auntyn pun samalah juga
Inilah ajaibnya dunia maya
Siang dan malam boleh berseloka.

Kalau kita duduk di Malaya
Kita bangun sudahlah lama
Tapi Kak Teh, dia masih tidur lena
Dibuai mimpi cerita bahagia.

Abang Malaya semalam mimpi negeri
Dikejar hantu tak boleh lari
Hendak menjerit suara tak bunyi
Tak berani tidur sampai ke pagi.

Mars kata dia tak pandai berseloka
Jadi dia takut nak turut serta
Abang kata, usah adik gundah gulana
Pantun seloka mudah sahaja.

X-Matters dan Auntyn buatlah panduan
Mereka berseloka cantik dan padan
Abang dengar rasa tak tertahan
Macam nak serah roh dan badan.

Itulah indahnya pantun Melayu
Membuat kita berfikir selalu
Mengasah bakat mencanai ilmu
Agar tidak terbuang waktu.

Siapa Abang Melaya tak perlu ditanya
Cukup sekadar bergurau senda
Teka meneka buat gembira
Biarlah kekal sebagai rahsia.

Abang Malaya orang bersara
Duduk di kedai kopi itulah kerja
Asal ada hot spot abang gembira
Berpantun seloka di dunia maya.

Abang Malaya mengundur diri
Doa buat saudara dan saudari
Agar hidup terus berseri
Gembira bersama orang dikasihi.

Mama Rock said...

kak teh kena upah cyber cops untuk jejak kasiha ni..hehehe

Anonymous said...

Rockybru ke gerangannye Abg Melaya itu?hehe..

Azer Mantessa said...

* clap clap clap clap clap

mang terhibur!

Kak Teh said...

Abang Malaya seronok tak terkira
membuka kisah panjangnya bicara,
orang lain pun tertanya-tanya,
Abang Malaya ni Rockybru kah adanya?

Kak Teh tak fikir Abang Rockybru,
lengguk bahasa abang tak boleh ditiru,
Datok KJ pun bukan, Datuk Ron lagilah haru,
Semua depa blog politik lama dan baru.

AuntyM, X-matters pun turut sama,
nak tahu Abang Malaya empunya nama,
cari cyber cops kata Rock mama,
Gab pun cuba dengan dua baris lama.

Kak Teh terfikir di pagi hari,
melayang fikiran menggigit jari,
teringat kisah Jalan Riong dan NST,
zaman gemilang yang tak mungkin terganti.

Hilai ketawa dibilik berita,
Pak Cik Dahari dah mula murka,
Lat di bilik sendiri melakar cerita,
Kak Adib dan Thong Ping yang lawa belaka.

Pak Samad ku ingat sungguh mengilhamkan,
disuruh kak teh cerita melayu di rakamkan,
menulis dalam bahasa melayu kak teh rasa tertekan,
kurang sempurna nanti malu sakan.

Arwah Nordin Sopiee yang bijaksana,
sentiasa dalam kenangan tulisan bermakna,
Fati dan Ena, kawan lamaku di sana,
Masing-masing dah glamour tak kira di mana.

Terdampar di London berpuluh tahun,
namun selalu ingat zaman Jalan Riong,
tempat menatap wajah kekasih yang ulung,
hati membara tak siapa boleh tolong.

Kak Teh berhenti di sini dulu,
Banyak keluar cerita eh, sat ni malu!
Abang malaya mengusik bertalu-talu,
Tak apa, Kak Teh pasti jawab selalu.

Kak Teh said...

ikan bilis, mak teh ni kalau dah macam2 ni punya merepek, memanglah suka!

X-Matters,
Kita cari Abang Malaya's identity,
Editor atau reporter, I tak gerenti,
bahasanya indah itu dah pasti,
mungkin sastrawan menulis dari hati.

mar, mari join, mari join!!

Kak Teh said...

wonda, what a wonderful title!

has, mari kita berpantong loghat terengganu kita!

AuntyN sudah mengolah seloka,
minta Abang Malaya blog direka,
tentu banyak cerita yang kami suka,
mengubat hati yang mudah duka.

Gab,
Kura kura terjun dari atas titi,
Bukan pura2 tapi memang tak reti,
seloka tak kira isi dan inti,
asalkan seronok riang di hati.

Kak Teh said...

mama rock - siber cop tu nak cari kat mana? cepat kita boleh upah dia.

dks - kak teh tak pikir Rocky. But good try.

azer, am sure you can join in!

Kak Teh said...

edelweis dah terjangkit usikan abang,
sampai ke opis fikiran melayang,
membaca blog pada masa lapang,
tertawa sendiri di belakang tiang.

Insyaallah kak teh akan tahu juga,
Abang Malaya bagi banyak clue berharga,
satu hari identitinya akan terbuka,
bertemu di alam siber, sungguh tak terduga.

~ GAB ~ said...

Alangkah malang bagi diriku
Ada di Bangsar Kak Teh tak menjelma
Mutiara Bangsar punya pejabatku
Bertahun berlalu, cerita dah lama

Sudah ku tahu orang paper hebat
Sepatah ayat setahun terdera
Tidak ku tahu nak jadi sahabat
Biar pun cyber, tetap mesra

Masakan di Riong sedap tak terperi
Tambah pulak anak dara yang masak
Sering ke Riong makan tengahari
Bersama orang NST berasak-asak

Sengaja keluar sewaktu orang sibuk
Mata melilau tengok yang seksi
Depan pintu utama GAB selalu duduk
Banyak menoleh dari makan nasi

Kak Teh said...

Gab,
Kak Teh di NST dah lama dulu,
gerai semua penuh selalu,
gaji sikit di situ saja mampu,
apa dijual habis kami sapu.

Masa remaja memang seronok,
mengerling jejaka masa depa tak tengok,
berpura malu leher melentuk,
apakah akan jumpa pada hari esok?

Kak Teh said...

woi BTB - masa tu abang makaya dah berpunya laah! Kak Teh pun masa tu, ehem, ehem..
anyway, how is kak chah? lama tak dengar berita.

Anonymous said...

Kak Teh, I wish I could understand everything that was written. I think I know who Abang Malaya is....sigh...SO, SO ROMANTIC....
He replies back in Poem too! I have to get someone to translate for me because I don't want to miss out one single word in this post and Abang Malaya's comments.

AuntieYan said...

Kak Teh...amboi! berseloka sakan nooo...AY langsung tak pandai...:-(..hemmm sape le gamaknya Abang Melaya ni...curious jugak nih!....:-)

Kak Teh said...

Judy, this is one of the nice things abt malay pantuns and syairs - can be fun evoking and lots of teasing.
I think BTB has attempted to translate some verses for you. It is hilarious!!!

Thanks BTB -

auntieYan - tak pa, nanti kita cari identiti dia!

Mulan said...

pat pat nya,
sape cepat dia punya,
semua sudah tanya,
mana ABANG MALAYA nya????

Anonymous said...

Abang Malaya tadi dok bawa kereta
Telefon berdering bini pun bertanya
Blog Kak Teh sudahkah baca?
Banyaklah orang dok teka dok tanya.

Abang Malaya cari kedai kopi siber
Masuk-masuk rasa janggal pula
Yang dok chatting tu budak2 muda
Abang rasa macam dah tua bangka.

Depa yang tengok mulut ternganga
Ingat Abang Malaya pegawai agama
Abang kata, don't worry my dear
I am here just to use the computer.

Haa, tu dia Adik Teh.....
Campur Melayu dengan Orang Putih
Macam popcorn dengan bertih
Kunyah dan mamah sampai naik letih.

Di Malaya ni kalau Adik Teh nak tau
Macam-macam perkara haru-biru
Pegawai agama depa asyik nak serbu
Tak kira pengantin lama atau baru.

Baru-baru ni depa serbu di Langkawi
Pasangan tua depa angkut naik lori
Pereksa punya pereksa depa laki bini
PM Malaya pun marah tidak terperi.

Bila Abang Malaya baca blok adinda
Rasa gembira tidaklah terkira
Sudah ramai pandai berpantun seloka
Usik mengusih memperkaya bahasa.

Siapa Abang Malaya ditanya jangan
Wajah dan rupa apalah ukuran
Biarlah abang wujud sekadar khayalan
Dalam dunia siber tanpa sempadan.

Tak payahlah cari mata-mata siber
Membazir duit dan tenaga buat apa?
Mungkin abang ni roh ada jasad tiada
Sekadar "persona" di dunia maya.

Abang Malaya mohon berhenti
Bila terluang berjumpa lagi
Harap Adik Teh bersenang hati
Blogmu Puan kerap dilawati.

nyonyapenang said...

kak teh, gua orang tua ini
kaypoh nak tahu siapa abang malaya bermisteri.

wonda said...

Kami pun tak sabar menunggu-nunggu,
Siapa Abang Malay yang misteri tu,
Kak Teh cuba tanya ingatan mu,
Tidur malam pun tak perlu.

Gigit jari, dalam suspenselah aku,
Abang Malaya jangan mengundur dulu,
Sepuluh jari saya hulur merayu,
Silalah tunjukkan identiti mu.

P.S Ishh....malam ini tak boleh tidurlah. Kak Teh, try only, this seloka ok or not? Judy, you think you know who he is? Quick tell!

Anonymous said...

BTB,
Terima kasih kerana translate seloka
Tapi you selalu bohong saya-lah
Dimana Kakteh ada kata condom?
Hilarious you, selalu nakal apom!
Dulu I fikir Abang Malaya si suami Kakteh
Tapi I dah salah, maaf ya?

Yes, Kakteh, BTB's translation is hilarious and I am trying to imagine you in condom kebaya. :))

I thought I should get back at BTB, so I simply hantam lah.

HCI said...

Masuk jabat buka blog saya
Bacam komeng Kak Teh, ikut dia balik
Ju'pa pula seloka Abang Malaya
Spesimeng molek untuk dikaji selidik

Angel Eyes said...

Smile!

wonda said...

Kpd Bisutulibuta,
Wahai Abang yang selalu berlawak jenaka,
Air yang tenang,jangan sangka ta'ada buaya,
Sekali kena, baru terjaga-jaga,
Seloka Judy kepada Bisutulibuta.

Kpd Judy,
Salah teka-meneka tak mengapa,
Minta maaf, ampun segala-gala,
Lucu kisah ni diingati belaka,
Sejak timbul wujud Abang Malaya.

Kpd semua dan Kak Teh,
Saya murid yang masih belajar,
Kalau salah berseloka,tolong ajar,
Seronok bersama semua mengejar-kejar,
Menangkap Abang Malaya yang bersembunyi saja.

Anonymous said...

Wait for me, I've got one too...

Two three cats running,
Where to find similar to that no-moustached alpha cat,
Two, three hundred we can find,
How to find one as mysterious and exciting and poetic as that ONE!

Specially dedicated to Kak Teh and that ONE.

I'm come-on-ing this interesting cyber-teasing. *snigger*

Kak Teh said...

mulan,
dari saigon mulan datang,
nak tahu juga identiti abang,
jangan kecewakan harapan orang,
dah dato atau tan sri bukan sebarang!

abang malaya,
kak teh tergelak baca seloka,
orang ingat abang pegawai agama,
di siber cafe dengan budak2 bersama,
bising amat tak boleh duduk lama.

kakak tak maukah turut berpantun,
takkan semata-mata jadi penonton,
abang usik, hati kami diruntun,
berseloka bergurindam dengan sopan santun.

dengar cerita pegawai khalwat,
serbu orang tak kira pelawat,
bila orang tak mai, tanya pula, awat?
mulalah negara jadi gawat!

Kak Teh said...

nyonya nyonya penang mari,
nak tahu siapa abang misteri,
dia sudahpun beranak isteri,
mungkin bercucu sepuluh jari!

wah, wonda datang dari jepun,
menghulur tangan meminta ampun,
pandai berseloka bergurindam pun,
bila dah tau, kak teh talipon!

dr ve thru dari kent mari,
menghentam BTB kanan dan kiri,
kak teh pun baca gelak sendiri,
BTB menharut tiada berperi.

Kak Teh said...

has, orang tengganu pandai seloka,
molek dan comel cerdik belaka,
nak buat spesimeng ini cerita,
moh, sambunglah, janganlah leka.

angel eyes, senyum jangan tak senyum, hehe!

edelweis, kak teh dah bangun dari lena,
bersajak sakan mimpi bermakna,
bangun tengok dah banyak dok tanya,
abang malaya dok ada di mana?

Kak Teh said...

wonda muncul sekali lagi,
mengasah bakat memang tak rugi,
kalau salahpun apa peduli,
macam yang nama bisu buta dan tuli.

hahaha, ruby has got one,
we are not any sastrawan,
but teasing each other and having fun,
so much so, no work can be done!

Anonymous said...

Wahai Adik Teh jauh di mata
Saudara, Saudari pelayar siber
Izinkan daku Abang Malaya
Bercerita sedikit tentang cinta.

Biarpun usia ku semakin tua
Suka duka cinta sudah ku rasa
Namun aku tidak pernah dewasa
Kerana cinta tidak mengenal usia.

Maka aku abdikan diri kepada cinta
Kepada seorang wanita, sekuntum bunga
Sebaris puisi lukisan rasa
Kepada ibunda, negara tercinta.

Dengarlah kata seorang pujangga
Kahlil Gibran romantis penanya
Berbicara dia tentang cinta
Abang olah semula buat semua.

Cinta oleh Kahlil Gibran

Pabila cinta menggamit mu, ikutlah dia
Walaupun laluannya sukar penuh bencana
Dan pabila dia mengepakkan sayapnya
Engkau serahkan jiwa mu kepadanya
Walaupun pedang-pedang tersisip pada sayapnya
Akan menikam menggores badan mu luka
Dan pabila dia bersuara, percayalah kepadanya
Walaupun gementar nadanya mengganggu mimpi bahagia
Ibarat angin utara yang membinasakan taman bunga.

Kerana ketika cinta membuatkan mu perkasa
Ia juga menguji dan menyeksa
Kerana ketika ia menyuburkan tumbuh pohon mu
Ia juga mematahkan ranting-ranting mu
Walaupun ia duduk ke tempat tinggi mu
Dan mengusap ranting-ranting mu yang lembut
Dalam sinaran matahari
Ia juga akan turun ke umbi
Menggoncangkan kamu dari pelukan bumi.

Seperti jagung ia membalut mu dalam dakapannya
Kemudian membanting mu sehingga terlerai bogel
Dan dia menampi mu agar terpisah dari kulit mu
Mengisar mu agar putih bersih
Dan mencanai mu sehingga engkau padu
Membakar mu atas bara api suci
Sehingga engkau menjadi sebuku roti
Untuk sajian Tuhan mu Yang Abadi.

Segala ini cinta akan lakukan kepada mu
Agar engkau kenal rahsia hati mu
Dan daripadanya menjelmalah ilmu
Menjadi serpihan degup jantung mu.

Tetapi seandainya dalam ketakutan mu
Engkau mencari dari cinta kemanisan sahaja
Maka balutlah diri mu yang bogel itu
Dan beredarlah dari laman cinta yang bergelora
Ke dunia gersang bermusim tiada
Di sana engkau akan ketawa
Tetapi tawa dan tangis mu
Bukan dengan air mata mu.

Cinta tidak memberikan apa-apa melainkan dirinya
Dan tidak meminta dari siapa melainkan dari dirinya
Cinta tidak memenjara sesiapa
Dan tidak dipenjara oleh sesiapa
Kerana cinta lengkap dengan sendirinya.

Maka pabila engkau bercinta
Engkau jangan sekali-kali berkata:
“Tuhan di dalam hati ku.”
Seharusnya engkau berkata:
“Aku di dalam hati Tuhan ku.”

Dan jangan engkau bercita-cita
Menentu arah aliran cinta
Kerana jika cinta merestui mu
Ia akan menentukan arah tujuan mu.

Cinta tiada nafsu melainkan cita rasanya
Maka seandainya engkau bercinta
Dan ada nafsu pada cinta mu itu
Maka tentukan yang berikut ini menjadi nafsu mu:

Cair menjadi anak sungai yang menyanyikan melodi cinta
Pada malam yang gelap-gelita
Mengenal betapa pedihnya kemesraan
Merasa kepalangnya sakit luka
Kerana Engkau kini mengenal cinta
Rela dan gembira melihat darahnya.

Dan untuk bangun pada pagi hari
Dengan rasa lega hati sanubari
Bersyukur kerana sehari lagi
Engkau bertemankan cinta abadi
Sambil beristirahat ketika remang matahari.

Untuk mengenal kemanisan cinta
Yang tiada ternilai mahal harganya
Untuk berkemudi kembali ketika air mati
Dengan kesyukuran di dalam hati.

Maka dalam damai tidur mu
Berdoalah engkau buat kekasih mu
Yang bersemadi di dalam hati mu
Dengan lagu kesyukuran pada bibir mu.

Anonymous said...

wah,wah, lama sudah tak kunjung mari
gurau seloka meriah sekali
terubat rasa gundah di hati
nukilan para bloggers menceriakan hari

laman maya menjadi medan
nmpk gaya bahasa jiwa bangsa kan?
senang melihat berpantun sakan
dlm berpantun pun ada kacukan? (english+bahasa) *tabik*

tersenyum simpul leka membaca
semua dok ternanti misteri abg malaya
bila kan terungkai semua tertanya
hingga saspen beraja di hati pula

ikutkan hati nak berseloka panjang
tp ada sudah mula menjeling
makcik ni mengadap comp apa agaknya dikarang
senyumnya meleret sorang-sorang

dorang tak tahu meriahnya suasana
jauh dan dekat bagai bersaudara
di blogspot bertukar senda
mengasah bakat mengubat lara

maklang said...

kak teh..adek malaya ada kat sini...

AuntyN said...

Ke blog Kak Teh datang bertalu
Membaca seloka indah berlagu
Abang Malaya jangan lah malu
Di cyberworld munculkan diri mu

Wahai Kak Teh dan Abang Malaya
Seloka anda dah banyak jasa
Mencungkil bakat seantero dunia
Bersenda gurau sambil berkarya

*Isyy makcik ni pun tak mau nak mengaku kalah ni hehe*

AuntyN said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Fauziah Ismail said...

Kak Teh
The other half says try looking in Who's Who. He's joking, of course!

Anonymous said...

Wahai Adik Teh saudara dan saudari
Identiti saya tak payahlah cari
Apa kata saya ini sekadar ilusi
Cebisan khayalan dan igauan mimpi.

Biar Abang Malaya katakan begini
Abang tiada wujud dalam rialiti
Yang ada hanyalah tompok2 imaginasi
Hasil ciptaan minda adik2 sendiri.

I'm not the being with body and soul
Nor am I a poet to behold
I'm in reality an illusion
A pigment of your imagination
A creature of your creation
I reside neither here nor there
I’m nowhere and yet everywhere
I’ll live for as long as you care
I’ll die when you say goodbye
For I’m your soul as much as my own
The part of us we unconsciously disown
The special you that you’ve not yet known
So, ask me not who I am
But seek and discover who you really are
And it shall make you richer
I am a traveler like you’re
My journey has been long and far
Still I’ve never stop to wonder
Where shall we go from here?

Itulah saya Abang Malaya
Dengan adinda berpantun seloka
Dalam bersenda kita bertanya
Mengenal diri mengenal bangsa
Kita belaka pelarian cinta
Dari pulau ke pulau mengubat lara
Kenangan lama mengusik jiwa
Budaya bangsa jangan dilupa.

Anonymous said...

amboi, dahsyat sungguh! abang malaya sekarang reply comment bagi pihak mak teh pula ya? sakan naaaa =P sibuk berseloka bergurindam!

Mutiara said...

Dear Kak Teh, AbangMalaya and fellow bloggers. I felt challenged to brushed up my rusty bahasa puisi, however, I have not conjure up enough courage to join in this lovely banter of gurindam seloka. For now I am just enjoying it here. Keep on going guys

Count Byron said...

Bestnyer berpantun berpantin.. lovely.. yesss.. indeed.. very absorbing.

Jane Sunshine said...

Tidak pandai berpantun saya,
Setakat dinikmati dari sini,
Siapa ya Abang Malaya,
Yang menjadi inspirasi KT di kala ini?

Anonymous said...

Mana agaknya Kak Teh kita
Dah lama juga tidak menjelma
Apakah merajuk memendam rasa
Atau sekadar tidur tak jaga?

Abang Malaya merindui celoteh mu
Bangunlah segera wahai adinda ku
Jangan biarkan kami menunggu
Setiap saat hati terbuku.

Country Byron segak sekali
Berbaju Melayu indah berseri
Tuan hendak ke majlis kenduri
Atau cuba-cuba nak kahwin lari?

Edelweis(s)bunga putih berseri
Berpantun seloka semakin berani
Itulah hebatnya budaya kita ini
Tua dan muda boleh sertai.

Jane Sunshine matahari pagi
Dengan abang turut berpuisi
Janganlah Jane bersusah hati
Terus mencuba pandailah nanti.

Wahai Mutiara jangan berduka
Tak pandai pantun seloka tak apa
Tulis saja cara biasa
Asal boleh bergurau senda.

Wahai Adik Teh, teman dan taulan
Kak hang di sebelah minta sampaikan
Salam mesra dan sebuah pesanan
Abang Malaya usah digoda berlebihan.

Tapi kak hang dia sporting
Dialah yang surah abang blogging
Dia dok gelak gusi tak kering
Pasai orang dok teka dia punya darling.

Sampai sini dulu kita berseloka
Bergurau senda bersuka-suka
Sambil kita teka meneka
Memperkaya khazanah budaya bangsa.

Kak Teh said...

ini jawapan untuk abang malaya dulu:

Kak teh sudah bangun lama,
dok pulun nak jawab ilham tak menjelma,
dah banyak yang komen berjela-jela,
count byron, sunshine, mutiara pun sama.

Sungguh seronok seloka ini,
terima kasih peluang diberi,
mencungkil bakat di sana sini,
bergurau senda takkecil hati.

Mungkin kak teh nak buat tekaan,
kalau salah jangan abang hiraukan,
apakah abang Pak Non dari The Sun,
dan Kakak yang pandai buat rendang?

Anonymous said...

Pak Non The Sun orang yang diteka
Kalau dia nak mengaku, abang nak kata apa
Tapi dia bukanlah Abang Malaya
Pasai, Abang Malaya ni sapa pun tak sangka.

Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Mai teka ramai-ramai
Abang Malaya dok tunggu.

Kak Teh said...

x matters - mungkin nak kena google kut! hahaah!

Abang malaya , your interprestation of Kahlil Gibran is just awesome and am I stand to salute your prose in english.

mutiara, I know thatu have it in you to berpantun and seloka for we have done this before, kan?

Kak Teh said...

count byron,
berpantun berpantin budaya kita,
seronok mereka sampai leka,
sambung menyambung tak kira di mana,
asalkan terhidur hati yang luka.

Jane,
seronok baca seloka anda,
mengadap computer belum mandi manda,
tapi tergelak sengih itulah tanda,
seloka melayu mengusik minda.

Kak Teh said...

khas untuk edelweiss,

terima kasih kak teh ucapkan
kerana meluangkan masa seloka sakan,
memeriahkan majlis secara kebetulan,
nak kenal abang melaya yang mengilhamkan.

tekaan kak teh memang tak kena,
bukan Pak Non dia punya nama,
akan kak teh usahakan sedaya upaya,
kalau tidak tidur tak lena.

Kak Teh said...

Khas dan istimewa untuk abang malaya dan kak malaya,

Tersedu sedan adik bermadah,
menutup tirai seloka yang indah,
abang mengusik memori ku geledah,
masih tak tahu identiti hingga sudah.

Tak apalah abang, adik relakan,
asalkan kami masih di ingatan,
menggamit memori seberang lautan,
jenguklah kami kalau tak keberatan.

kami di sini sama saja,
tak lagi muda semakin tua,
pinggang yang ramping dah ganda dua,
tapi fikiran masih muda.

terima kasih adik ucapkan,
sudi menjelma usik-usikan,
kalau ada yang salah dan tak menyenangkan,
harap abang dan kakak ampunkan.

Hi&Lo said...

Kak Teh,

Simply hilarious, fun and refined.

Abang Malaya, you are simply wonderful. Beuatiful mind you have.

Kak Teh said...

Hi & Lo,
Indeed, he has - and I am missing this banter with him.