Thursday 31 August 2006

Syaer Hari Kebangsaan

Photobucket - Video and Image Hosting



Wahai semua rakyat Malaysia,
pembaca Choc-a-blog samalah juga,
hari ini hari yang mulia
49 tahun merdeka sudahnya.

Kak Teh bangun di pagi hari
di negara bekas penjajah yang sejuk ini
semangat berkobar “Negara ku” nak nyanyi
suara tak keluar ketawa sendiri.

Sudah lama di perantauan
namun anak Malaysia, masih ku tuan
tak kira di mana arah tujuan
kesetiaan kepada negara masih ketahuan.

Walaupun hari ini hari Merdeka
tak boleh berehat sebab terpaksa kerja
negara bekas penjajah mana ada cutinya
tak ingat kah depa, hari ini harinya????

Tak apalah pembaca, Kak Teh undur dulu,
mencari makan sekadar sesudu
berpestalah anda kibarlah bendera tu
kuatkan suara, nyanyikan NegaraKU!!!

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN!!

30 comments:

SimplyMas said...

Kepada Kak Teh san semua warga Malaysia tak kira dimana anda berada, ingin Mas mengucapkan SELAMAT HARI KEBANGSAAN!

madame blossom said...

Selamat hari merdeka! Malaysia BOLEH. InsyaAllah. memang nampak gaya boleh. :)

Anonymous said...

Selamat Hari Merdeka , kak teh! Nanti saya email gambaq2 tersebut ya :)

Anonymous said...

happy happy merdeka, kak teh!! *waves flag*

Mama Rock said...

salam merdeka kak teh!

Anonymous said...

Selamat Hari Kebangsaan kepada semua rakyat Malaysia, walau di mana anda berada. Chewah, macam DJ radio lah pulak!

KakNi said...

Kak Teh, terima kasih kerana sekali sekala dok mai jugak kat blog saya.

Samalah saya pun nak ucapkan 'Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan -49' walaupun Kak Teh dok negara omputih tapi hati masih kat sini no...

Kak Teh said...

mami, terima kasih banyak.
blossom, Boleh, insyaallah boleh.
mar, kak teh tunggu ya!
May, thanks *waving flag back to you*!

Kak Teh said...

mama rock, sama-sama!
mak aji, terima kasih datang menjenguk.
ahni, ishhh pasai pulakkk? kak teh akan jenguklah bila-bila ada masa. Pi tengok cik ni buat apa....

ubisetela said...

SelamaT Hari Merdeka KakTeh! (ucapan lambat sehari :)

Anonymous said...

Tengok kak teh in action dalam pc Siti Nurhazila di London (dalam satu rancangan ditv3 semalam), tengah dok tanya soalan. Cayalah Kak Teh.

Rgds++

ManaL said...

Walau di mana kita berada,
Malaysia tetap di hati jua,
Tika detik tengah malam bermula,
Terasa sayu 49 tahun merdeka.

Kira detik tengah malam pengalaman pertama kali,
Berhampiran KLCC kami berdiri,
Selepas itu laungan merdeka kami sahuti,
Diakhiri dengan percikan bunga api.

Happy remembering independence day.

And it's 9 years since Princess Diana passed away.

Kak Teh said...

ubi, selamat terlambat juga to you.
cheras, aiyooo, u mean depa tayang lagi???
manal, ya, if only I am there!

AuntyN said...

Kat mana duduk pun sama saja kak teh. Kalau orang Malaysia duduk di Malaysia pun belum tentu ada rasa patriotismanya. Kalauu duduk kat luar negara mungkin terasa lebih lagi kut. Apa-apa pun asalkan kita tak lupa darii mana asai kita ni no. :-)

Salam Kemerdekaan untuk Kak Teh.

Cherry said...

Selamat Merdeka Kak Teh. Selama ni saya sentiasa menyinggah, tapi tak pernah beri salam. Sempena Merdeka ini, saya mencoret nota Selamat Merdeka Semoga Rahmat Allah Berpanjangan Untuk Semua.

Blabarella said...

Selamat Hari Kebangsaan, Kak Teh!! This is my first time celebrating Merdeka di negeri orang, but I'm thankful for the experience because it makes me realise how much I love my country!! Semangat berkobar-kobar masa diorang main 'Negaraku' at the embassy's Merdeka do!

High Power Rocketry said...

: )

Mushu said...

have been a reader of your blog for awhile now.. but this is very creative. :)

happy merdeka!

Anonymous said...

Bila trbaca "Memories of Merdeka" chek nak menyibuk skit di sini.Kak Teh lupe nak mention.Kilts yg kami pakai menari(ALA SCOTISH ) pada ari Merdeka (Tahun bila ???)Kami jahit sendiri tau.Mine was Green.Yours? I stil got d hang- over of sewing ...masih brminat nak tempah kilt? Boleh tempah fr me ...hee...hee

5xmom.com said...

Kak Teh, You know what? At my age, standing in attention throughout Negaraku makes me feel so kekok. Dua belah tangan tu asyik nak gerak. But ok lah, I get to sing Negaraku jugak, with lyrics on the OHP. kehkehkeh.

Kak Teh said...

AuntyN, dok jauh no orang kata sayang lebih. esp sedih kalau apa yangtak elok berlaku.
ninum, selamat datang dan terima kasih kerana sudi mencoretkan komen.
blabs, yes - firsttime masa dok jauh and dengar negara ku - mesti menitis air mata.

alex, :) to you too.

Kak Teh said...

vern, thanks . Went to your blog, what a beautiful journal you have there.

anon, oh i think mine was green too. yes, semua kena jaghit sendiri tapi dah tak ingat dah nak buat macam mana.

Lilian, hehehe - lyrics kena ada kat OHP ka???

Ordinary Superhero said...

Merdeka! 3x. Adus letih melayan budak2 kat rumah sibuk nak nyanyi lagu Merdeka Sudirman.

anggerik merah said...

Kak Teh, hope it is not too late to wish selamat hari kemerdekaan.

Awang Goneng said...

OSH _ itulah kerja kita masa depa kecik2. Semalam kak teh and AG melayan depa di restaurant - makan laksa johor!

AM - memang not too late - and same to you.

Kak Teh said...

sorry - the above tu bukan awang goneng's cooment but mine - kak teh. Ni lah satu problem dok berkesedudukan dengan bloggerlain. hehe.

Anonymous said...

Hello K Teh,

Thank you so much for your visit to my blog.

What a nice poem on being practical and realistic.

I think, to my mind, we can wish 'Happy Merdeka' everyday...so 'Happy Merdeka' dear. Cheers and take care.

Kak Teh said...

Ruby, thanks for the lawatan balas. Am sure i will recognise you if I were to bump into you along Oxford street during one of your visits here.

Pak Tuo said...

hmm............

budget rakyat...........adake?

Kak Teh said...

kutu malaya, you mean syair about budget rakyat? aaah, berat - tapi kak teh akan usahakan bila ilham menjelma.