Aduhai kawan dan rakan-rakan,
maafkan Kak Teh yang sibuk sakan,
banyak kerja di bandar dan pekan,
memang rasa sungguh tertekan.
Minggu lepas pergi Manchester,
naik kereta api dan juga kereta,
tidur dua malam tiga hari di sana,
itulah tugas tak kira di mana!
Balik Manchester penat tak sangga,
tidur tak sempat nak nangis pun ada,
kerja bertimbun sebaknya dada,
rumah bersepah semaknya minda!
Sekarang bersiap nak pergi lagi,
Ke Liverpool pula kerja esok pagi,
malam naik kereta api lagi,
tiga jam lamanya menggigit jari!
Di sini ku pohon undur diri,
nak siap-siap biar berseri,
melenggang lengguk kanan dan kiri,
mengejar kereta api takut kena berdiri!
Kak Teh pergi bukannya lama,
akan kembali ke London semula,
kita berjumpa esok atau lusa,
Insyaallah bila dah habis kerja semua!
53 comments:
oh kakteh,
tak payah bersiap pon dah berseri
tak payah melenggok pon dah seksi
sebok penat pon ada time nak syair lagi
memang kakteh blogger sejati
Busy lady, you are. Nice poem too. Go do what you have to do and blog when you can. I will be waiting here. :)
Minum kopi makan nasi
Tulis dan lukis sepanjang hari
Bila bulan timbul ke langit
Hati dan fikiran balik kesini
... don't laugh :)
Salam Kak Teh,
Setiap hari berkunjung ke sini,
Mana tahu kok ada new entry,
Cerita hujan yang ditemui,
Tapi tetap datang lagi.
Kini dah tahu duduk perkara,
Sangat sibuknya Kak Teh kita,
Begitu adat hidup di dunia,
Sibuk senang ada ketikanya.
Enjoy your journey.
what a masterpiece for a day of living. In an English world in Malay language.
Tu dia adik Teh sibuk sakan
Abang Malaya dengar rasa kesian
Masuk kampung masuk pekan
Satu England dia cari makan.
Apa nak kata itu rezeki kita
Di dalam negeri di luar negara
Tak kira hari tak kira masa
Tuhan sayang orang tekun bekerja.
Abang Malaya pun dah bersara
Dah masuk golongan warga tua
Ikut-ikut dak dok di rumah saja
Tapi dok juga kerja pagi ke senja.
Pasai kita tak tau dok saja
Bangkit pagi rasa nak pi kerja
Tak ada tugas pun tak apa
Asai rasa macam ada guna.
Adik Teh muda bestari
Kalu make-up berseri-seri
Wan Hulaimi tersengih nampak gusi
Pasai bini dia steady lagi.
Abang Malaya dah bengkang bengkok
Sakit belakang lengoh tengkok
Selalu kena urut dan gosok
Itupun masih tak elok-elok.
Tapi janganlah lupa kesihatan
Cari makan biarlah berpadan
Jangan sampai bawa kemudaratan
Jagalah badan jagalah fikiran.
Adik-adik yang lain apa khabar
Abang Malaya harap segar dan bugar
Selalu tekun banyakkan bersabar
Agar dapat rahmat serta iktibar.
KT, your pantun made me want to try ber-pantun also- so here goes nothing:-
Wahai K Teh yang budiman lagi bestari
Empunya Choc-a Blog yang ku sanjungi
Tidak kira sejuk gelita meski sinar mentari
Kami di sini setia menanti
kak teh...busy busy pu, jangan lupa jaga diri :) have a safe trip and selamat kembali..
'tis the season of work, work, work. Take care sweetheart. See you soon.
Surprise for dear Kak Teh:
Akan ku berdiri di Sentraal Station,
Waiting for your return.
Akan ku bayang muka Kak Teh,
Laughing when she read this, eh?
Ahem! My new style of poetry, ma'am! You know what's wrong with me, right? Ssshhh....
Salam Kak Teh
Sibuk2 pun sempat bersyair ... take care!
kak teh busy selalu eh?bila nak rest?di harap sihat selalu.
cericip berbunyi sarang tempua
bernyanyi-nyanyi si anak lapar
dalam sibuk janganlah lupa
hantar berita cebisan khabar
***
buah delima batu permata
buat azimat ubat geliga
walau kakteh jauh di mata
di hati intan teringat juga
Charming piece! Hope you take the travelling as exciting journeys...
Ood oh Ood datang menjelma,
lama tak nampak ingat dah ke mana,
rupanya sibuk berprojek belaka,
kak teh yang dengar turut gembira!
j.t. its just to release some tension before I went..and now I am back..aaah, so much to write but so little time!
tunku,
syabas tunku pujangga kita,
penulis novel polong, hantu raya,
bersyair pun boleh berpantun seloka,
syabas tunku pujangga kita!
(sumpah, kak teh tak letawa!)
zabs,
Kak teh janji pergi tak lama,
tiga hari dua malam bekerjasama,
dengan kawan dan rakan di utara sana,
rioh rendah, joget pun ada!
nanti kak teh tulis di sini,
cerita ke manchester dan liverpool sekali,
tapi minggu depan ke Paris pula kami,
kemudian ke Edinburgh,hujung bulan ini.
mutalib saifuddin,
terima kasih kak teh ucapkan,
kata-kata indah mutalib sampaikan,
syair dan pantun memang jadi kesukaan,
di tanah Inggeris budaya melayu
disemarakkan!
Abang malaya,
Usah Abang Malaya rasa kesian,
memang dah jadi satu kebiasaan,
bermacam-macam jadi dugaan,
kutabahkan hati hadapi cabaran.
Balik ke London tercungap-cungap,
mendengar berita panas meluap,
orang sms berita tak sedap,
katanya blog adik Teh ada orang mengendap!
Mendengar berita adik teh rasa pilu,
mengenangkan nasib mak adik dulu,
berkempen ke hilir berkempen ke hulu,
Penyokong kuat orang Umno dulu!
Sampai sekarang hati tak senang,
apa yang depa tak suka adik teh mengarang,
grammar tak kenakah, tenses tunggang langgang,
maka blog adik teh depa nak serang?
Adik Teh bukan orang politik,
tak pernah sedikitpun adik mengkritik,
setakat bersyair dan lagu dipetik,
itupun orang tak suka dengan blog patik?
apakah maksud apakah makna,
apa dah jadi di arena sana,
bertempias di sini tak semena-mena,
hairan tak habis tidur tak lena!
adik pohon undurkan diri,
mengenangkan nasib menimpa diri,
air mata membasahi pipi,
frust menonggeng menggigit jari!
Sungguh tak sangka sungguh hairan,
blog choc-a-blog mendapat perhatian,
orang berkuasa di bangunan kayangan,
tergugat dengan blog kak teh yang kecil-kecilan?
Janganlah takut janganlah bimbang,
kak teh tulis tak ngata orang,
hanya syok sendiri dada pun lapang,
lepaskan tension hatipun senang.
Bukan gitu, abang malaya?
lifebloom,
sejuknya hati sedapnya rasa,
mendengar katamu indah sentiasa,
lega sedikit lapangnya dada,
kawan yangtulin membawa bahagia.
mama rock,
kak teh sampai pukul enam tadi,
tiga jam perjalanan dalam kereta api,
terlentok ke kanan terlentok ke kiri,
nasib baik duduk dan tidak berdiri.
jane my dear, am back in one piece,
straight to Msia hall to see what I missed,
the mee rebus was aweful, the laksa
was a tease,
but lamb curry and roti canai, i am indeed pleased!
wonda berdiri di sentraal station,
tunggu kak teh janganlah action!
dah habiskah tulis untuk competition,
kak teh nak baca lepas tengok televison!
hehe! good one alice!
fauziah,
syair sibuk kak teh karangkan,
sebelum pergi ke bandar dan pekan,
walaupun kak teh sibuk sakan,
kak teh tulis juga untuk rakan-rakan.
kak elle,
maaf lama kak teh tak jenguk,
blog kak elle kak teh tak tengok,
nanti pergi bila tak sibuk,
sekarang dah rasa mata mengantuk.
intan adikku yang jauh di mata,
dekat dihati sayang tak terkira,
sedihnya rasa dengar berita,
adik tak sihat segala anggota?
apakan daya kak teh ni jauh,
beribu batu berkali sepuluh,
kalau dekat kak teh lapkan peluh,
menghilangkan sakit yang ada ditubuh.
Intan perlu banyak berehat,
makan dan minum supaya kuat
jangan dok fikir apa nak buat,
nanti balik hospital dimasukkan wad!
d,
terima kasih kak teh ucapkan,
kak teh dah pulang dari perjalanan,
banyak yang seronok kak teh rakamkan,
nanti ada masa, kak teh tuliskan.
padi huma di dalam kepok
buat bekalan di musim hujan
ada kudengar berita tak elok
tohmahan terbias dari sasaran
goreng cempedak dalam periuk
minyaknya jangan sampai terpercik
usah dihirau si raja beruk
melontar cerita tidak berlapik
baju broked indah tersusun
ditenun cantik berkelip kelip
blog kakteh bukannya beracun
tak bersebab "to be put to sleep"
Hi Kak Teh,
I shall talk straight to you my dear sweet one, as pantun is not my forte. Go on then girl. Do what you have to do. As for me, had a break and I am slowly creeping back to my blogging ways. Perhaps will post something before weekend is over. Miss ya already. Pecks and hugs.
Wahai Kak Teh yang cantik berseri
Senyum mu manis menawan hati
Abang Malaya dok usik tersengih sendiri
Sapa boleh lawan org utara, Yan mari...
Kak Teh oh kak teh edel nak bicara
maaf dipinta dah lama tak bersuara
ke hulu ke hilir penat bekerja
tak sempat nak komen, tapi sempat lagi baca
Abg Malaya telah berkata
Tekun bekerja,Tuhan sayang pada kita
Mcm dia, dah pencen masih berusaha
Errr...nak anugerah Pesara Jaya ka?
Abang pesara hebat namanya
Satu malaysia tau dia sapa
Jangan terasa dgn seloka dinda
dah lama tak bergurau senda, rindu pula :)
kak teh, edel doakan kesejahteraan
buat kekanda yang jauh di perantauan
semoga dirimu dianugerahkan kekuatan
bekerja keras teruskan perjuangan
intan nazrah bermadah lagi
menyejukkan hati di pagi hari,
sukanya hati tidak terperi,
mendengar adikku bermadah lagi.
malam indah bintang berkelip,
menyinari alam di mana-mana,
before they can even put me to sleep,
kak teh dah lama tidur terlena!
wahai intan wahai sayang,
diandaikan betul ancaman melayang,
kak teh wasiatkan semua adik dan abang,
bloh kak teh dilupakan jangan.
Ruby my dearest, i have been very busy too - the syair was just an attempt to uodate and not leave the blog bersawang! just spoke abt you last night as a certain someone is going back to meet you. and I have sent lots of hugs your way.
oh adikku edel kembali bersuara,
lama tak nampak pergi mengembara,
senasiblah kita ke selatan utara,
mencari rezeki di mana ketara.
Abang Malaya memang Pesara Jaya,
tekun bekerja dari subuh ke senja,
sempat berhenti berpantun berseloka,
menghiburkan hati kita semua.
terima kasih aduhai adinda,
ku jaga diri di mana berada,
Tuhan melindungi insannya juga,
mencari makan sesuap dua.
Inilah tabiat orang dangkal
Guna jampi guna tangkal
Diri sendiri mereka tak kenal
Buat kerja tak masuk akal.
Mereka takut banyang sendiri
Pasal niat tidak suci
Bercakap pasal yang bersih murni
Tapi buat jahat sana dan sini.
Mereka nak jawab tapi tak tahu
Maka gunalah syaitan dan hantu
Kacau orang ini dan itu
Dengan bermacam helah dan tipu.
Abang Malaya dah cukup mangli
Katalah apapun abang tak peduli
Masuk belah kanan keluar belah kiri
Lama-lama depa berhenti sendiri.
Depa tu blogger upahan
Maki kita pasai nak cari makan
Puji bos depa menanglah sakan
Macamlah serigala menyalak bulan.
Bukan politik yang depa benci
Tapi depa tak mau blog dilawati
Takut orang tak baca akhbar parti
Hilanglah peluang nak pancing undi.
Adik Teh janganlah gundah
Jangan peduli jangan endah
Bila jemu depa pun belah
Pasai depa blogger yang diupah.
Kalau blogger di England pun depa risau
Memanglah depa kaki sasau
Kita jangan dok ambil hirau
Biarlah depa meragam meracau.
abang malaya,
nak kata tak endah, nak kata tak peduli,
sesekali fikir sakitnya hati,
apa yang adik teh buat sehingga jadi begini,
mengarang menulis tak bebas lagi?
Tak akan kugundah tak akan ku bimbang,
kalau dilayan fikiran tak senang,
tak jadi kerja pagi dan petang,
tak berasaplah dapur bertapuk hutang!
baiklah adik teh undur dulu,
rebahkan badan tidur selalu,
esok bangun taklah terburu,
mencari makan apa yang perlu.
Dear Kak Teh,
I have been reading and tremendously enjoying your (and abg malaya’s) syair and pantun banters during office hour and they brought smiles and reduced my office stress level. Bravo Kak Teh and all who penned in their thots in a very entertaining lenggok pantun dan syair.
Hang in there Kak Teh!
wah, take care of yourself ya? don't overwork. so busy still can sajak. :-)
nj, I truly love syair - it is so entertaining and so, very us - malay.I am glad you are enjoying them. Join in laaa!
marsha, it is so relaxing and easy to put these words together and am having fun. How are you keeping? Take care!
Kak Teh, kawan-kawan tahu Kak Teh sangat sibuk.
Tapi saya harap Kak Teh boleh pergi ke-Malaysia Carnival (ah, cannot write in Malay already).....and not allow the sebukness to stop you from going. I would love to meet you there.
I do plan to go and I hope my plan does not change! :)
Judy, kak teh tak akan lepaskan peluang pergi ke carnival malaysia. Jumpa di sana.
pssst - by the way spelling baru bahasa malaysia - "ke-Malaysia Carnival" dah lama tak ada hyphen di tengah-tengah!!
Kalau dah letih, bawaklah bertenang
Kerja takkan habih, ada je memanjang...
Sorry ye Kak Teh, my pantun tunggang-langgang
Grey hair dah lebih, grey matter dah kurang
pi bani
betapa benar katamu itu,
mengejar kerja kakipun kematu,
buat saja apa yang direstu,
rezki halal itu yang kita mahu.
Ok, pardon me if this is an ignorant question. I stumbled upon your blog at someone's blog which covered the launching of Dina Zaman's book "I am Muslim". In one of the pictures, you were seated beside Aishah Ali and I thought, "This is Zainah Anwar the journalist". Are you?
:P
salam Mohani, no, I am not Zainah, but you are not the first person to say so. We do know each other from ITM and NST days and do meet up quite often. I am zaharah.
Wow, the resemblance ...
Ooh I shall ask my mom if she knows you. She studied in Mara and worked as a journalist in NST. Do you happen to know a Tengku Hifzah? Aishah Ali was her colleague, and so was Zainah Anwar.
oh my God! You are Jeek's daughter??? Yr mum, Aishah or Kudu were my seniors. Zai was my super senior. So, how's your mum?
LOL. My mom is fine. (Fine has a wide range of meaning, I understand) She does freelance jewelry design. She stumbled upon Aishah Ali the other day, after all these years, and I'm itching to meet her cos I wanna do journalism.
spoke to aishah this monring - am in London and still a journalist. Cant remember the last time I met your mum. Aishah was here recently. The world is getting smaller and suddenly I feel old age creeping on me.
My mom kirim salam :)
Wa'aalikumsalam....my salams to her too.
Jalan ke bandar badanku letih,
Sebab rumah nak habis gula,
Selamat bercuti wahai Kak Teh,
Bersantai saja lain hal lupa!
:)
theta,
Rumah kedai di jalan mati,
banyak barang tidak terjaga,
Ingin hati hendak bercuti,
tapi kepala otak bekerja juga.
Duduk bersembang bergurau senda,
bersembang sambil memakan papaya,
Teringin melawat kota Belanda,
Theta dah nak balik apa kan daya!
Kota Belanda?
Maka nostalgia kembali bertakhta
Lama dulu Abang Malaya ke sana
Waktu muda-muda
Ketika musim bunga
Waktu cinta di udara
Tulip mekar merah warna
Mengejar street car
Dan melayari terusannya.
Itu cerita lama
Di Kota Belanda
Cerita waktu muda-muda
Yang tinggal kini hanya nostalgia
Antara ingat lupa
Kerana sudah dimakan usia
Lumrah hidup kita manusia.
Jika adikku ke sana
Layarilah terusannya
Lihatlah rumah sampan pelbagai warna
Dan petikkan daku sekuntum bunga
Hembuskan kepadaku harum baunya
Akan kuhidu di alam maya
Bunga tulip merah warna.
Buat Edelweiss, NJ dan semua
Salam bahagia dari Abang Malaya
Doaku buat anda semua.
abang malaya,
dua tiga kali dah pergi ke Belanda,
namun masih tak jemu juga,
kota dan desa cantik belaka,
orangnya mesra macam kita.
Ke Paris pula minggu depan,
nak lapangkan minda nak rehatkan badan,
nak lupakan kerja bertindan-tindan,
Insyaallah segar semula minda dan badan.
Oooh, terima kasih cikgu. I lagi learn something new lah!
Can mix English and Malay ah? :P
Judy, For you can laaah - Next time you are in London, I give you crash course!
Kota Belanda...
Tanah mu ku pijak dini hari
dinginmu mencengkam , ku gigit jari
cantiknya kotamu, aku ingati
tak lepaskan peluang, terusanmu ku susuri
Kalau abang malaya dah berkali-2 ke sana,
adik disini baru yang kedua
insyallah dipanjangkan umur pasti bersua
kota belanda, tunggulah kami sekeluarga
amboi kak teh nak ke pasis pula
kota indah penuh dengan cinta
dengan cik abang pergi bersama ka?
semoga bahagia berpanjangan kasih selamanya
adik edel,
Paris ku pergi dengan teman,
tujuan pergi menziarah kawan,
beberapa hari dan bermalaman,
all girls weekendlah seronok sakan!
kak teh, amazing how u can even berpantun even for the comments..i nie langsung la out..
dah lamer tak singgah..just to see how u r doing...:)
uBA, thanks for coming. Berpantun bersyair tu untuk hiburkan hati saja..
Oh...kalau lah boleh bersyair macam Kak Teh, sebab saya pun sibuk sakan jugak!
opsh, terima kasih kerana melawat walaupun sibuk sakan. tak bersyair pun tak apa.
Post a Comment