Tuesday 30 August 2005

Bahasa Jiwa Bangsa!

Sepatutnya Kak Teh tak berbelog dalam saat-saat yang genting ini, tapi selepas melayari beberapa buah belog rakan-rakan belog di alam belogsfera dalam dua tiga hari ni, Kak Teh ternampak kempen yang agak giat untuk berbelog dalam bahasa Malaysia pada hari ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-48. Kak Teh tengok di belog Sharon Bakar yang dapat dari belog Eyeris. Posted by Picasa
Mula-mula teringat jugak nak buat syair merdeka, tetapi memandangkan entri syair asyik kena spam aje, Kak Teh rasa baiklah Kak Teh menulis tentang hari perayaan Merdeka.

Tahun ini sedih sekali sebab kami di London taklah dapat merayakan Hari Keluarga sempena Hari Merdeka seperti tahun-tahun lalu sebab dibatalkan dengan sebab-sebab keselamatan. Biasanya di London, kami akan mendapat jemputan ke hotel terkemuka oleh pihak Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London- adalah makan-makan sikit, tak banyak. Taklah dapat makan sekenyang-kenyangnya. Maklumlah makan di hotel, berdiri dan terpaksalah jaga adab makan minum, kan? Dan selalunya, perayaan Hari Keluarga diadakan tidak lama selepas itu di Brickendonbury – di perkarangan Pusat Penyelidikan Getah Tun Abdul Razak. Dah dua tiga tahun Kak Teh tak pergi sebab terpaksa balik ke Malaysia pada masa tu. Tahun lepas Mak sakit, tahun sebelum tu pulak, anak saudara kawin. Tahun ni nak pergi, dah cancel pulak.

Kak Teh memang suka pergi sebab di situlah dapat berjumpa rakyat Malaysia ramai-ramai – makan, minum bertemasya. Satu tahun tu, Kak Teh jual mee bandung, sardine rolls dan karipap! Ya, Tuhan lakunyaaaaaa! Tak menang tanganlah kata orang. Sambil menjual sambil menyanyi lagu Grease. Jangan tanya apa kena mengena merdeka dengan mee bandung dan lagu Grease Lightning. Tapi asalkan laku. Lagipun masa tu tak dapat CD Alleycats lagi. Kalau tidak sengau habis bergema di Brickendonbury!

Tahun selepas tu pulak, memanglah nak jual mee bandung jugak, tapi perayaan Merdeka dirundung berita sedih kematian Puteri Diana. Kak Teh ingat lagi, berkebaya merah menyala keluar dengan kru Tv untuk membuat liputan perayaan ni. Tapi separuh jalan dengar berita kematian Puteri yang cantik jelita tu.. Sampai saja di rumah Pesuruhjaya Tinggi, Kak Teh nampak kawan-kawan - terutama yang wanita semuanya menangis sebak selepas mendapat berita ni. Maklumlah, sapa yang tak sayang Diana, kan? Jadi selepas tu, Kak Teh pun terus pergi ke Buckingham Palace – alah, kat luar saja. Bukan boleh masuk ke dalam pun. Boleh lah buat liputan sedikit mengenai tragedy yang menyentuh setiap orang. Kak Teh pun memang sedih. Maklumlah dia tinggal anak-anak masih kecik lagi.

Eh, terlupa – ceritanya pasal merdeka, dah tersasul ke cerita Diana pulak. Tapi memanglah, setiap perayaan merdeka, akan terkenang nasib Puteri Diana sebab kemalangan itu berlaku pada hari ulangtahun merdeka.

Tapi Hari Keluarga tetap diadakan masa tu – Cuma ditangguh seminggu. Takkan nak bertemasya masa-masa begini, kan? Kak Teh pun jual jugak mee bandung. Tapi tahun ni kurang laris sebab Kak Teh asyik nak main netball. Lepas netball main musical chair, sampai terduduk atas riba orang! Ish, tak senonoh Kak Teh ni!

Masa kecik-kecik dulu, Kak Teg teringat jugak. Berminggu-minggu sebelum hari merdeka, terpaksa berlatih menari. Sebab Kak Teh di sekolah Convent, jadi, kami diajar tarian Scottish. Seronok betul. Bukan pasal apa. Sebab bila dok practise tu, kita practise di stadium Alor Setar, dan yang ada sama berlatih untuk hari merdeka ialah budak-budak sekolah Sultan Abdul Hamid . Ish, masa tu lah nak tengok dan beramah mesra dengan pelajar-pelajar lelaki. Selalunya dok selisih basikal saja. Dan jeling-jeling dari jauh.

Selepas tu pulak, dapatlah tiket percuma masing-masing untuk pergi tengok wayang. Entah, dah lupa dah gambar apa. Tapi seronoklah tak terhingga sebab dapat tengok wayang dengan kawan-kawan sekolah. Bukan senang nak dapat peluang begini.

Masa kecik-kecik pulak, Kak Teh ingat juga, kena berbaris di tepi jalan, untuk mengibar bendera kecik bila Sultan lalu. Aduh, panasnyaaaaa. Tunggu dah berjam. Kita pun kibarlah bendera. Kalau nasib baik Sultan dan Sultanah nampak dan lambai balik. Kalau tidak penat saja menunggu. Bekal air sirap dalam Tupperware yang dibungkus dengan tuala kecik tak boleh tinggal. Maklumlah panas.

Tapi yang paling Kak Teh ingat sekali dan kekal dalam ingatan sampai hari ni ialah Bulan Bahasa Kebangsaan. Masa tu, setiap negeri akan adakan Bulan Bahasa. Setiap sekolah anjurkan pertandingan syarahan dan juga berbahas – dalam bahasa Melayu. Dalam keluarga Kak Teh, yang pakarnya dalam hal-hal ni ialah Kak Cik. Wah, tera dia tu. Bersemangat kalau dia bersyarah. Setiap kali dia bersyarah, menang pulak tu! Sampailah ke peringkat negeri. Mai peringkat negeri – tak berjaya. Tapi tak apalah, banyak juga piala yang dikutip sepanjang masa. Sekarang ni dah anak tiga, cucu dua, dia dok bersyarah sorang-sorang kat rumah dia di Bangi. Bila Kak Teh balik Malaysia, dia ambik peluang untuk bersyarah kat Kak Teh. ‘Listen…’ ha tu pembukaan dia.

Kak Teh ingat dulu, ikut dia untuk pertandingan syarahan, sampai accident tengah jalan. Lori langgar basikal Kak Teh dari belakang dan basikal Kak Teh pulak langgar basikal Kak Cik. Jatuh gedebuk dua –dua beradik tengah jalan. Bila bawak pi hospital malu tersipu-sipu sebab punggung Kak Teh yang luka – doctor pulak muda dan hemsem! Ish, nasib baik tak jumpa lagi selepas tu. Tapi mungkin dia tak kenal muka kan, sebab dia periksa tempat lain.

Ish, Kak Cik masa tu – hebat dia. Bila dia bersyarah, orang tercengang sebab dia memang ada karisma. Kalau jual ubat laku. Orang akan beli sebab takut. Dah tu, dia dulu rambut ala Anneke Gronloh , macam sarang tebuan tu. Kak Teh ni, boleh kata tumpang sekaki sajalah.. Tumpang glamour – cakap tak pandai, berbahas tak pandai. Main sukan pun memang lumpork saja.

Tapi ni yang Kak Teh rasa kita patut pulihkan semula…adakan Bulan Bahasa .Bahasa menunjukkan bangsa. Pulihkan semula cara kita berpidato, cara penyampaian kita untuk bercakap dengan penuh yakin. Sampai sekarang pun kalau Kak Cik kata kat Kak Teh merah tu hijau, Kak Teh percaya dia.

Tak apalah, Kak Teh dah merapu lama dah ni. Orang sekeliling dok buat dissertation tapi oleh kerana Kak Teh pun dah komited untuk berbelog dalam bahasa Melayu, Kak Teh usahakan juga. Buat muka serious macam dok piker tentang argument untuk essay! Tapi orang ingat Kak Teh serious buat dissertation.

BAHASA JIWA BANGSA – SELAMAT BERBELOG!!

32 comments:

Honeytar said...

Kak Teh: seronok pulak baca Kak Teh in Bahasa Melayu. Tahniah kerana membuat karangan yg panjang ini sepenuhnya dlm Bahasa... Terbuktilah bahawasanya Kak Teh adalah penulis serba boleh.

Hehehhhh..... :)

JoeBangla said...

konfius ni nih, selamat berbelog ker selamat berbeloq? :-)

Atok said...

KT,
Itu Anton emailed me, they went to Brickendonbury... hanya dapat baca notice kat gate. What a pity.

High Comm (merdeka) dinner, on the 8th... i belum reply (rsvp) lagi. r u going?

fokd said...

Salam Merdeka.

Betul ke Kak Teh belog tu .. ini ejaan DBP ke? Teringat saya kepada Pakcik2 di Liverpool.. ada satu tahun tu saya menyambut merdeka bersama pakcik Mat Nor & rakan2 di Jermyn St. Kalau tak silap Tuan AG ke sana tahun lepas kan? Ada majlis di tugu peringatan para kelasi yg gugur di rantauan kan?

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

SK

Nazrah Leopolis said...

betulkah istilah "belog" itu kakteh?

boleh tahan kak cik ya? padanlah anak-anaknya menjadi. si ibu pakar bersyarah.

Anonymous said...

KakT: Saya ketawa sorang-sorang bila baca belog kakT ni. Padat dengan kenangan sedih, gembira dan lucu semasa menyambut bulan Merdeka ni.

Thanks, KakT for sharing this. I really enjoy reading!

** Norabella

hana_kirana said...

hehehhe.... kak tehhhhh.... pergi buat dissertation tu! ni apa tulis entri pulak nih???

heh heh..

selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-48 kepada semua anak Malaysia....!

:)

Lydia Teh said...

Kak Teh

Manisnya kenangan hari Merdeka. OK, sekarang, pergi buat dissertation ya? Jangan nak curi ayam lagi. Pasal ni boleh excuselah.

Kak Teh said...

honeytar, ish serba boleh! master of none!
joe - jangan konfius - berbelog ler!
atok - belum jawab, tapi kemungkinan akan pi lah. jumpa di sana ya?
jane sinaran matahar - kak teh pun baca belog Jane - amat mengkagumkan!
SK - betul tu - tahun lepas kan?

Kak Teh said...

istilah belog tu Kak Teh ikut saja...entah apa yang sebenornya. Ya - mak dia memang tera bersyarah!berleter pun samalah kategorinya.
norabella - hehe - terima kasih. serahlah kepada kak teh untuk merapu.
nana - kak teh ambil sempena hari kebangsaan. nanti orang ingat kita dah di perantauan tak ingat pulak. tak patriotik.
Lydia - kak teh balik segera ke meja menulis - yang tak ada sambungan internet!

SooHK said...

Kak teh, thank you for dropping by my blog.. your bahasa bagus....

shidah said...

camana ni kak teh, cerita pasal merdeka sampai ke cerita dr hensem? tahun ni kibar bendera dalam rumah je lah ye?

Melorina said...

Selamat menyambut hari kebangsaan! Catatan Kak Teh amatlah menarik sekali. Saya seronok membacanya dan rasa bertuah kerana kebetulan melayari blog Kak Teh...

Ni said...

kak teh, tak palah hari ni 'merdeka' sat dari buat 'homework'

kak teh, cik pun teringat dulu kecik2, masa hari merdeka memang dapat pi tengok wayang free, seronok kan

Anonymous said...

untuk makluman semua,
dengan adanya teknologi canggih seperti telefon bimbit dan sms, kakcik masih dapat berbahas dan bersyarah dengan efektif kepada anak-anaknya dan ahli keluarganya yang lain...dan bukan bersyarah sorang-sorang didapur lagi. Smsnys juga masih bermula dengan "listen..." seperti syarahan-syarahan beliau yang dibuat secara "live"

sekian maklum

About Blogreader said...

It was tough, but I did it! Please don't laugh at my pronounciation :P (Again you inspired me to write, Kak Teh.)

AuntieYan said...

Kak Teh...akhirnya tulis jugak dalam BM...not bad.
Kenangan sentiasa mengusik jiwakan...? terutama time kita sedang-sedang nak pandai jeling-jeling boys....auwwwww!

Happy Merdeka!

Justiffa said...

KT walaupun tak jadi sambutan merdeka di sana namun saya pasti semangat kemerdekaan masih tetap membara :)

semoga semangat menyiapkan dissertation tu pun just as strong ya ;)

OOD said...

kak teh,
bila membaca belog kak teh yang dalam bahasa melayu, saya tiba-tiba jadi peka pada adab sopan. Membaca sambil kaki rapat dan sendeng sedikit, tangan atas riba, duduk dengan tegak. Ketawa pun hanya tiga harakat. Di bahagian doktor tampan periksa kawasan kecederaan kak teh, saya terlebih harakat sedikit.

Satu soalan kak teh, mohon bertanya?

Bila kak teh letak karektor2 abjad untuk non-spammer mengesahkan identiti masing2, bolehkan orang seperti kak teh yang ada mild-dyslexia membacanya? :o) Saya sekadar mengusik sarang tebuan.

Sekian. Terima kasih.

Selamat maju jaya.

Yang Benar-Benar,
Udi

Lollies said...

oh Kak Teh ..alangkah malunya saya. Saya tidak melompat belog jadi saya tidak tahu menaghu tentang belog didalama bahasa malaysia...maka saya telah membuatnya dalam bahasa inggeris. hmmm mungkin saay patut membuat alih bahasa.

Doreen said...

WOW. I just completed my entire entry in BM too.. HAHA. Thanks for the inspiration Kak Teh! : )

Blabarella said...

Aduhai... alangkah ruginya saya kerana tidak tahu menahu perihal kempen perbelogan di dalam Bahasa Melayu ini. Dan apabila Kak Teh memberitahu saya di dalam SMS, begitu sebak rasa hati kerana tidak dapat turut serta di dalam kempen tersebut, kerana talian langkahlebar (broadband) di Dundee terlalu mahal!!

*I think this is my BEST BM to date!!*

Bangga rasanya!!

Mutiara said...

Gunakanlah bahasa Kebangsaan kita
Marilah amalkan ramai-ramai
Bahasalah menyatukan kita semua
Yakinlah bahasa Jiwa bangsa

Maaf ye jika lirik lagu tu tak tepat.

Mari lah mari kita semua
Buktikan taat setia dengan satu bahasa

Bahasalah menyatukan kita semua
Yakinlah Bahasa jiwa bangsa

Ini sajalah yang saya masih ingat...

Anonymous said...

ada kelasss...

Kak Teh said...

soohk, kalau bahasa kak teh tak bagus, susahlah nak cari makan! terima kasih kerana sudi datang ke sini.
shidah - entah lah, tetiba teringat doktor tu!
melork, terima kasih kerana sudi melayari belog kak teh .
cikni - memang hari merdeka cuti kan? (tapi nampak macam cuti berpanjangan ni!)

anakkakcik yang nombor satu: nasib hampa semualah. nasib baik mak teh jauh!
blogreader, sama-sama kita inspire menginspire. Belog you dalam BM pun hebat what!
aunty Yan, memang masa menjeling2 tu best - the mistake is when you get to know them!
rebkebaya: my husband kata - bila tulis dissertation tu ingat yang u tulih blog! pasti akan lancar..ada logic ke?

Kak Teh said...

OOD, sungguh bersopan anak ikan ni. gelak pun ada harakatnya.
mengenai karekter-karekter abjad tu, sebenarnya kak teh faham apa maksudnya. Hanya orang yang macam kak teh ni faham dan kalau kak teh melayari belog2 yang ada perkataan2 misteri ini, kak teh kadang2 ketawa sendirian, sedih dan juga mengangguk2 kepala faham. kadang2 kerekter2 ni lebih memberi erti daripada penulisan lain.
lollies - tak mengapa - tak lah terlambat. kalau tak buat tu pun tak apa asalkan semangat tu ada.
doreen: kak teh pun kagum dengan kebolehan doreen berbahasa melayu!
blabs - tak mengapa, nikmatilah masa bersama dengan yang tersayang. blog boleh menunggu.
mutiara: sekurang2 nya ingat jugak!
atiz: ye ke?

Lydia Teh said...

Kak Teh

Did some changes in blog. Testing out to see how the pix appear. :)

Kak Teh said...

Lydia, I did see a gigantic poster when you were testing it! Nice. and now i think its too small lah!

Kak Teh said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Lydia Teh said...

That was way too big! Phew, at last managed to get that pix under the profile page.

Anonymous said...

Alamak...malunye saya. Kalau blog in B.M, I surely fail. Didn't get the chance to blog in BM. Orang baca sure gelak. Hancus B.M saya...ohhhh malunya saya!!!

Kak Teh said...

mm, janganlah malu. kak teh pun buaknnya bagus sangat tapi cubalah kan? maaf kak teh tak melawat MM punya blog - bila dah habis kerja - akan usahakan melayari sepenuh hati!