Showing posts with label kecek-kecek. Show all posts
Showing posts with label kecek-kecek. Show all posts

Wednesday, 25 May 2005

Kecek-kecek is gone!!!!!!

Help!!!! I woke up very early this morning to do some work and I found a message from Kampo saying that he could not open my husband's blog on Terengganuspeak, "Kecek-Kecek.blogspot.com". I tried opening it and true enough, its not there! This is so strange because my husband had just updated his blog just before he went to sleep and I saw his latest posting. Woke him up and he too is puzzled about it. Does anyone know how this can happen? How a blog can just disappear like that?
Got to get back to my syaer.

Can the person responsible please put it back?
So, everyone, pls save your files.

LATEST: EVERTHING IS BACK TO NORMAL. THANKS EVERYONE FOR THE INFO.
hmmm..bini saja dok kalut, yang cik awang goneng teruih tidork balik.
(translation: aaaah, such a caring wife (konon) while husband continues with his sleep) It is, afterall, 4 am London time.

Blogspot buat hal...my syaer tergendala.

Syaer untuk Blogspot
tersebut kisah sebuah lelaman,
di pagi hari membuat kejutan,
mendapat warta dari seorang teman,
terkejut tergempar gundah gunawan

Blogspot buat hal di pagi hari,
kak teh tak jadi kerja menggigit jari,
awang terus tidur, why lah you worry?
Bila dah pulih, tersenyum sendiri..

dare'kampo bersuara
Tersebut lah kisah
Isteri yang gundah
Mendapat khabar resah
Blog suaminya punah

Dikejutkan si suami
yang lena bermimpi
tapi hampa di hati
suami buat tak reti

Lalu si isteri
menulis di sini
meminta simpati
tidak terperi

Setelah lama menanti
dicari akar dan umbi
si isteri tersengih sendiri
Blogspot buat hal lagi...

lilheaven menambah:
rancak berseloka
merawat lara
tersenyumku membaca
kalian hebat berkarya

alamatnya ini
jemputlah mari
tak seberapa isi
justeru segan berkongsi

kak teh membalas:
menengar kisah di sini situ,
blogspot buat hal memang selalu,
ramai pengunjung komen dan merapu,
kak teh malu tersipu-sipu

cik wang oi, blogspot buat angkara,
bukannya apa biasalah perkara
manis berseri dia mula bersuara
you saja nak bersandiwara!

tunduk kak teh tidak terkata,
mengenangkan nasib diri yang nyata,
nasib blogger yang merata-rata,
mengharapkan blogspot taklagi sengkita.

dare'Kampo bermadah lagi:
Kisahnya tiba bermula
nun jauh di tanah rata
Negeri yang Beraja
Melangkah tujuh benua

Suami dan isteri
penulis sejati
Mengarang luahan hati
penuh berseni

Si Suami digelarnya itu
Pok Awang Terengganu
Si isteri pula mahu
di panggil Makcik Blur gitu

Mereka berdua
Seiya sekata
menjadi umpama bara
membakar rasa jiwa

Memberi satu semangat
penuh ilmu makrifat
Semua pembaca terpikat
Dari jauh dan dekat

Terbongkarlah rahsia
di alam cyber
Mereka berdua
Excellent Bloggers!

sumbangan dr lilheaven:
Bersyaer peri masih bertatih
Pok guru keliling lama doh fasih
Sungguhpun sumbang ku bantai melangkah
Saja nak turut kasik meriah

Blogging mengumpul kenalan merata
Asalnya sekadar ingin bertinta
Kini menjadi teman bicara
Berkongsi kisah suka dan duka

Kecek-Kecek terdahulu dikenali
Choc A Blog Blog kini diminati
Rupanya pasangan suami isteri
Nukilan bermutu kami hayati

Cerita ceriti yang teramat berharga
Mari hormati pendirian empunya
Jangan la ada yg tutup blognya ya?
Kita berkongsi sekadar yang ada

Teruskan berkarya
Moga maju jaya
LindunganNya tetap bersama
Nawaitu kita kerana Dia

MASEHHHHHHHH!!!!