Saturday 23 September 2006

Cerita ceriti bulan puasa

Jam pada handphone menunjukkan pukul lapan apabila Kak Teh terima sms daripada anak bongsu ‘Ramadan starts 2moro”. Alahai, Kak Teh masih dalam studio dan akan sampai rumah paling awal jam sepuluh malam. Manalah sempat nak beli itu ini nak isikan freezer. Nasib baik bawang, cili kering semuanya Kak Teh dah blend simpan siap dalam peti sejuk sebab senang kalau nak masak nanti.

Sampai rumah, anak-anak semua dah berjemaah di belakang bapa mereka, berbilalkan yang bongsu, bersolat Terawih. Kak Teh terus buatkan bubur lambuk atau kanji, yang sememangnya wajib untuk keluarga ini dalam bulan puasa. Bubur tu jugalah yang kami makan untuk sahur. Alhamdulillah tak ada yang cerewet.

Dua tiga bulan dulu, sedang lepak-lepak depan TV tak ada kerja, Kak Teh mula bercerita kosonglah dengan budak-budak. Teringat masa kecik-kecik dulu berpuasa. Orang tua-tua puasa kita pun nak puasa. Sahur, kita yang dulu-dulu bangun menyibuk di dapur. Makan sampai dua tiga kali tambah – Masyaallah! Tapi tak sempat tengah hari perut dah buat hal, tekak dah kering. Sekejap-sekejap pergi kumur mulut nak basahkan tekak. Kononnya kumur mulut, tapi dua tiga tegak minum air. Balik ke dapur buat muka letih lagi!

“Mama! How could you!”

“That’s terrible!”

Itulah yang dilemparkan pada Kak Teh semasa anak-anak dengar cerita Kak Teh masa kecik-kecik dulu. Ya lah, kita kecik kan. Kata seorang anak Kak Teh, “We never did that Mama, even when we were small! You’re terrible!” Kena lagi!

Lepas tu pulak, orang tua-tua nak solat terawih, kita pun nak ikut sama. Bukannya untuk apa tapi sebab ada janji bubur lambuk atau kanji yang memang menjadi kesukaan Kak Teh dari kecik lagi. Masa kecik tu, masa ikut solat orang tua-tua dari belakang, kita cuma mampu kumat kumit mulut. Yang lebih kecik dari kita, cuba tiru kita jugak..kumat kumit mulut. Yang budak-budak lelaki lagi teruk. Depa cerita, kalau depa tau ada orang dok ikut depa solat –sengaja pula depa buat sudden movement . Nakal betul!

Tapi anak-anak sekarang memang mula belajar awal, ada minat lebih awal. Baguslah.

Semasa Kak teh berpindah ke rumah sekarang ini ada juga sebuah keluarga Melayu yang tinggal tak berapa jauh dari sini. Kami mula berkenalan dan anak gadisnya lebih tua sikit daripada anak-anak Kak Teh. Datang bulan Ramadan, lebih kerap dia di rumah Kak Teh. Rupa-rupanya nak kongsi puasa bulan puasa sebab tak ada siapapun di rumahnya yang puasa. Dia terpaksalah bangun sahur dan siap makanan sendiri sebab tak ada yang mau melayan. Entah ke mana dia sekarang ni, Kak Teh pun tak tau dan harap-harap, dia masih berpuasa. Kesian juga teringatkan anak gadis yang berpuasa dan berbuka sendiri.

Di satu tempat kerja kak teh pulak, ada seorang kawan dari Syria. Dia mula-mula kagum kerana kita boleh bertahan puasa di sini. Katanya banyak cabaran – kena datang kerja, kena jawab telefon, melayan orang. Aiikkkk? Orang di negara kita pergi ke ladang, sawah, ke laut tangkap ikan – tapi bulan puasa, kita puasa jugak, kan? Tapi tak apalah, lama-kelamaan, dalam masa dua tiga tahun Kak Teh kenal dia, dia dah mula puasa. Alhamdulillah.

Dua tiga hari ni fikiran melayang pulak kepada Mak di Malaysia. Masa bulan puasalah dia melayan sungguh kerenah anak-anak. Nak makan apa semuanya dia buat. Sekarang ni Mak cuma dok merajuk di rumah adik, sebab tak ada orang yang nak bawa dia balik ke rumah dia sendiri. Bulan puasa dia nak puasa di rumah sendiri. Tapi dia tak boleh dok sendiri lagi. Jatuh tengah malam sapa nak tau? Jadi adik, kakak yang dengar rungutan dia nak balik tu buat diam saja. Tunggu raya – semua akan balik ke rumah Mak yang Pak buat untuk dia dulu tu. Yang dia kata Pak tak bagi dia tinggal kosong saja.

Alahai Mak, kalau Kak Teh tak perlu kerja dah banyak duit dalam bank, dah tak payah terkejar sana sini, Kak Teh balik jaga Mak di rumah Pak buat untuk Mak tu. Tahun ni pulak T nak periksa penting. Jadi hati tu terbelah bagi.

Cakap pasal Taufiq, dia balik dari sekolah bawa berita gembira. Dua orang kawan dia yang ikut dia ke mesjid untuk solat zuhur selepas sekolah, mengucap syahadah dengan dia sebagai saksi. Mereka sudah lama tertarik dengan agama kita dan mereka mau menyambut Ramadan sebagai saudara baru. Alhamdulillah.

Pada hari pertama bulan yang mulia ini, Kak Teh teringat pula seorang lelaki tua yang baru ditinggalkan isterinya. Tahun ini dia bersahurdan berbuka sendiri..tiada isterinya yang selalu melayan apa yang dia nak makan. Kesian.

Kak Teh nak ke dapur untuk masak. Lagi dua jam, kami akan berbuka..entah berapa ramai yang sempat pulang berbuka bersama..

Selamat menyambut Ramadan kepada semua yang sudi datang bekunjung ke blog Kak Teh!

58 comments:

aNIe said...

SELAMAT BERPUASA KAK TEH....semoga ibadah yang kita lakukan dibulan mulia ini akan mendapat seribu keberkatan dari Allah...

Kelakar bila teringat kisah berpuasa ketika kecik2 ye kak Teh...hehehhe...lady dulu jugak selalu main curik2 minum...hahahha...nakal sungguh...

Anonymous said...

Taufik dan Hidayah kepada seluroh keluarga mu Kak Teh.Amin,

merapuman said...

Selamat Berpuasa.

btw since u kat negeri olangputih, how should i translate the word 'merapu'. i tak jumpa la dalam kamus dewan

Anonymous said...

Ramadhan Mubarak KT! Sorry haven't been round much, and chances are, won't be around much after this either, coz internet connection & pc problems are horrid at my end.

To siapa2 yg visit blog ni & yg kenal I, take this as my Ramadhan good wishes to you also lah ye?

See you all when I see you!

Kak Teh said...

kak lady, selamat berpuasa to you too. sekarangni kalau kitatengok budak2 buatnakal macam kita dulu - diam saja lah - been there and done that!

pak tuo - terima kasih . dan kak teh juga ucapkan selamat berpuasa kepada pak tuo.

merapuman, selamat berpuasa...ish apa pula merapu ni...nanti kak teh cari -

blabs, oh dear, is it that bad? take care and selamat berpuasa.

Jane Sunshine said...

Selamat berpuasa kepada Kak Teh sekeluarga dan semua Muslimat.

simah said...

Salam ramadhan utk kak teh sekeluarga...
biasa la kak teh..kecik jkecik mesti kita puasa yang yok punya sekali sekala hehehe..

waaa..bubur kanji... tu memang sedap n best makan masa ramadhan...akak pakai santan ka? senang tak nak jumpa kat sana?

Kak Teh said...

jane, terima kasih. selepas puasakita sambung aktiviti makan lagi, ya?

Simah, bubur lambuk ada juga di malaysia hall atau di restoran2 lain. tapi yang kita masak lagi best. kak teh masukkan santan.

KakNi said...

Kak Teh,

Kesian kan dekat gadis melayu yang hatinya terbuka dengan ajaran Islam walaupun family dia macam tak sihah aje. Cabaran yang besar untuk dia. Semoga Allah permudahkan jalan dia si gadis melayu.

Dekat Syria tu bulan posa orang tak kerja ke kak teh?

SELAMAT BERPUASA KAK TEH & FAMILY, SEMOGA MENDAPAT PUASA KHUSUS

KakNi said...

Kak Teh, silap tulis:

Kesian kan dekat gadis melayu yang hatinya terbuka dengan ajaran Islam walaupun family dia macam tak kisah aje.

Kak Teh said...

hni, memang kesian kat dia - masih muda. and then masa nak raya pun dia datang tolong buat kueh, nak dengar lagu2 raya.
and oh, di middle east, dia orang kata depa tidor sampai petang, bangun untuk makan saja..ni mungkin orang2 kaya lah kut tak payah keluar cari makan.

ubisetela said...

Salam Ramadhan KakTeh, kat UK dah masuk puasa 2nd day kan? kami belum start pun. Ramadhan starts on Monday kat NZ.

Part curi minum air kat paip masa kecik, I think I did that too!

Nazrah Leopolis said...

selamat berpuasa kakteh.

berpuasa di sini tak meriah seperti di kampung. kakteh bertuah sebab masih berkesempatan berbuka dgn anak-anak, dengan suami.

orang macam kita...tahan je lah berbuka sendiri. almaklumlah suami cari rezeki.

apa pun semoga sentiasa sihat dan segar dalam menempuhnya.

kepada semua peminat kakteh, ramadhan mubarak buat semua!

Kak Teh said...

ubi, agaknya semua orang ada rahsiatu, hehe! Puasa esok di NZ seperti ostolia lah, kan?

Nazrah, kita pun kena keluar cari rezki jugak. jadi kadang2 boleh buka bersama, kadang2 tak boleh. selamat berpuasa to u and yours.

Mama Rock said...

kak teh, ramadan mubarak. hari ni first day kami berpuasa di sini. mama dah siap2 masak untuk berbuka - rendang daging je :) sian mikey tak dapat buka puasa sama, just sent him off back to asrama berbekalkan cheesecake untuk snack lepas buka nanti..

Anonymous said...

Selamat Berpuasa dan berbuka kak teh!! :)

Kak Teh said...

mama rock, alahai sedihnya teringat anak berbuka sendiri. Kita dulupun masa di asrama, mak di rumah mengalir air mata teringat kita berbuka jauh dari rumah. pada hal bukan main seronok lagi!

MM selamat berpuasa to you too!

Sri Diah said...

Dear Kak Teh, selamat berpuasa to you too. Ya, saya juga terkenangkan bagaimana nasib sedih anak-anak yang berbuka dan bersahur tanpa emak mereka sama ada si yatim atau anak-anak yang kehilangan ibu entah di mana... semoga Allah merahmati mereka semua. kepada para suami yang terpaksa mengambil alihi tugas isteri di bulan mulia ini, rahmat Allah utk mereka semua. SAlam utk seisi keluarga di sana.

Anonymous said...

Selamat berpuasa to kakteh and all her Malay bloggers. It is that time again where I raise my hat to all of you. I also see some children at our school who would endeavour to carry out all the daily school activities, esp PE while they are fasting. Great respect for them. I know I would not be able to cope.

melayudilondon said...

Selamat berpuasa KT and family. tak sempat nak jumpa makan2 dgn you. :)

Angel Eyes said...

Selamat Berpuasa Kak Teh!

Semoga kita diberkati oleh-Nya di bulan yg mulia ini.

Anonymous said...

Selamat Berpuasa Kak Teh, moga amalan kita diterima Allah.

Kiter masa kecik-kecik bawak air botol minum dalam bilik. Abang kiter kata (yang suruh ambik air) dalam bilik Allah tak nampak. Hish.

Mumsgather said...

Selamat Berpuasa Kak Teh. Last evening the streets were really quiet in KL as the muslims berbuka puasa. These days, during bulan Ramadhan, we can really feel the difference in traffic during breaking fast time. :)

Anonymous said...

Hi Kak teh,
Selamat menyambut Ramadhan. Semoga sentiasa sihat sejahtera....

Queen Of The House said...

Kak Teh, childhood memories of puasa memang the best! Dulu masa bulan puasa, keluarlah segala 'sia' untuk tukar2 juadah dengan neighbours. Now, I don't own even one tiffin carrier. Tapi bila balik A/S, alhamdulillah tradisi tukar2 juadah with the neighbours ni masih diteruskan.

Alinlai said...

hmmm org tua-tua dulu2 bulan posa selamba je pi bendang, motong getah dll...ni org syria tu setakat nak angkat phone pun tak mau posa ke ke ke...tak pe la dia dah insaf harap2 kita pun akan lebih insaf di bulan Ramadhan Al-Mubarak ni :) selamat berbuka dan bersahur ...

ManaL said...

Teringat this old pramlee 2 rangkap pantun: puasa yangyuk, pagi2 bukak periuk.

Ramadhan kareem to u and all the muslim readers.

Btw, i learnt one old kuih yesterday at our nearby pasar ramadhan: kuih tepung gomak. Apparently my dad knew it already coz he's from Pekan, and it's one of those traditional east coast kuih. It looks non-appetizing to me, yet it tasted delish. Teringat la plak batang buruk, one of my fav traditional kuih raya. Ugly in appearance doesnt mean bland.

AuntyN said...

Kak Teh, selamat berpuasa untuk kak teh dan family. Walau pun kat kampung tapi sekarang ni orang nafsu nafsi saja, buat hal sendiri2. Tak ada dah tukar2 juadah petang2 tu, mna taknya semuanya asyik beli kat pasar ramadhan, kut satgi bertukar kuih yang sama pulak kan? :-)

Anonymous said...

salaam KT,

tersenyum dan tertawa sendiri bila baca citer Kak Teh. teringat zaman kecik2 kiter dolu2 jugak. *giggle* it's now the kerenah anak2 that i have to endure. how time flies.

ramadhan al mubarak to you and family dear sis.

Anonymous said...

dear kt,
Waa brings back memory lane laa. Saya start puasa only after standard 3, kalau tak salah! hehe
To Kak Teh & all muslimin n muslimat: SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK. Semoga hati kita tenang2 selalu, ameeen.

J.A.D said...

selamat berpuasa to you k. teh and your family. hopefully this ramadhan will be as meaningful as all ramadhan before.

saya dulu masa time nk buat kuih raya, konon nak basuh senduk, tergatal pulak hidung, tujuannya sbb nk jilat sikit yg melekat kat sudu tu... hehe...

HH said...

me three - Ubistela and Kak Teh.

Anonymous said...

Hi Kak Teh,

I was away pretty much and missed my late mum always, just like how you described in your entry.

But somehow there is telepathy between loved ones. We felt the love nevertheless. On top of telepathy of course calls helped and I sent her simple items of toiletries (as she loved my choices) regularly as a reminder that I loved her so. The funny thing was then, the postage was more expensive than the items themselves, ha ha ha...but...it was the gesture that counted then. The things we do for LOVE!

Wishing you 'Happy rest of Ramadhan', my dear.

Kak Teh said...

ari, reima kasih kerana sudi singgah. Ya, masa2 begini kita bersyukur dapat bersama2 orang kita kasihi.
judy aka Dr ve thru, i am surprised at the children's resilience. its a good discipline.

melayu di london, itu lah tu - teringin juga nak makan roti jala. Bila nak datang kita boleg berbuka togeder-geder.

Kak Teh said...

angel eyes, Insyaallah, begitulah hendaknya.

rotidua - so, jadi accomplice abang?? hehe !

mumsgather, thanks - i 'd give anything to be there- roam the pasar ramadan and go totally crazy!!!

mama irma, hoe yr tok is okay or doakan Tuhan ringankan beban sakit dia.

Kak Teh said...

QOTh, seronoknya bila dengar tentang tukar menukar kueh mueh! memang satu adat yang patut digalakkan!
alinlai, aha betul tu..semuanya kena buat - life goes on.
manal oh manal, pls dont talk abt pasar ramadan! macam nak terbang balik aje!
auntyN - jangaaaaan!! jangan sebutpasarramadan.

Kak Teh said...

trionmommy, kisah kecik2 tak boleh cerita katanak2 - nanti depa tiru.

shiha, thanks for dropping by. selamat berpuasa to you too.

mommy, kak teh pun biasa - kononnya nak basuh sudu!!!

restless, selamat berpuasa!

ruby, my mum suka sangat face powder yang wangi - must remember to get her some.

Bergen said...

Selamat berpuasa to you and your family, Kak Teh.

meandbaby said...

Kak Teh..Salam ramadhan...over here in Shah Alam pasar ramadhan as usual meriah..mcm semalam kuih dah tak nampak..nampak kepala orang je..punya la ramai..

Nurilhansiz said...

slamat menjalankn ibadah puase kaK Teh...
p/s:tempting nyer tgk chocolate tu...

Fauziah Ismail said...

Selamat Berpuasa, Kak Teh and family. Semoga Alah SWT menerima amalan kita di bulan yang mulia ini dan bulan2 yang seterusnya. Salam from Kuala Lumpur.

Anonymous said...

Happy Ramadhan, Kak Teh!!

anggerik merah said...

Selamat berpuasa Kak Teh & family.

Kak Teh said...

bergen, thanks for dropping by. I know u've been busy.
xmatters - salam dari london juga.

serunai, posa kat sini ni macaam biasalah kalau dok dalam rumah saja. Bila keluartu barulah tau kitaid negeri orang sebab orang lain semua makan. Dan masa berbuka pula tak lah ada suasana berbuka. Tapi Insyaallah - aslkan ibadatkita di terima Tuhan.

Kak Teh said...

may, thanks and I will have to be a very brave one, duringthis puasa month to venture to your blog. Youalways have some very delicious food fetured there.

AM, datanglah berbuka di London. nanti kak teh bawa ke Holiday Villa. hehe - bukannya nak masak sendiri.

Count Byron said...

Kak Teh... it is so beautiful, the picture you painted. Sembahyang berimamkan suami, berbilalkan anak bongsu.. and the kanji to entice you when you were kid.. kumur2 air, sambil menyelam, sambil xxx air.. hmmm tersenyum sendiri Count baca.. actually i am not alone.. countess ada di sebelah ni, and we thoroughly enjoy this piece.
Thank you Kak Teh.

HCI said...

KT, he he he, deja vu aje fasal kumur2 tuh.

Boleh beri recipe bubur lambuk you?
You asal mana ye?
Me from KT, bubur lambuk ada daun mi'din and halba, taruk santan.

Selamat berpuasa, I went to terawikh first and second night and by the third had sorethroat and deman urat, thus my immunity is still quite low, picking the virus in the poorly ventilated masjid. Sekarang dok dilema, nak gi lagi ker tak?

May be makan bubur lambuk taruk daun midin banyak2 boleh meningkatkan immunity. Actually they said so, about daun midin and immunity.

~ GAB ~ said...

This is what my friend wrote, and I share the same experience during the study days...

1. buka puasa jemputan rumah orang kahwin, just come and eat.
2. buka puasa dekat surau, ramai tok arab bawa kambing, nasi, etc. just come and eat.
3. buka puasa dekat fast food. just come, pay and eat.
4. buka puasa minum air dalam tin. just pay and eat.
5. buka puasa dalam kelas, tengah lecture.
6. buka puasa minum air sejuk, peti ais kosong, hampir akhir bulan, biasisiwa belum dapat.
7. buka puasa makan pizza, bila dapat biasiswa.
8. buka puasa dengan nasi putih, just plain lazy to cook.
9. buka puasa dengan air mata, teringat girl friend jauh (this is a surprise!!)
10. buka puasa dengan air suam.

madame blossom said...

The only thing that comes to mind right now, kalau pasal puasa dulu kecik2 is that, 2-3 mins before azan, my bro and I, da duduk kat meja, with lychee on a spoon, placed in front of our mouth yg dah wide open, ready to pop the fruit in, once we hear the azan..

Ramadan Mubarak! Semoga Kak Teh and family diberkati dan ibadah semuanya di terima, di bulan yg mulia ni!

Sunfloraa said...

Kakteh, Ramadhan kareem. Semoga ramadhan ini dapat mambawa berkah.

Sorry I've been offline pretty much these days. Only when she sleeps that I get to nip to the pc ;)

So whats your bubur lumbuk recipe?

Norma Kassim PhD said...

Dear Kak Teh, Selamat menyambut Ramadan.

Kak Teh said...

meandbaby, masa kak teh pergi pun nampak kepala orang banyak...tapi makanan lakunyaaa. orang dah tak masak kat rumah ke?

count - my salam to your countess - rajin dia menemani you baca blog.

has, like i said in my mail to you, i tak tau daun midin ni..my husband pun tak tau...anyway, did you get my bubur resipi?

Kak Teh said...

gab - kesian yang buka puasa dengan air matatu...teringat girlfriend rupanya!!kak teh dulu masa lecture buka puasa dengan kitkat saja.

btb - ish kesian adik yang sorang ni, Bulan posa saja dah mula sakit.

Blossom, part menjilat sudu buat kueh tu memang semua orang buat juga. Kak teh dah buat survey - hehehe.

sunflora, selamatberpuasa to you and yours too. I bet u need an extra pair of hands masa berbuka sekarang. will send you the resipi soon.

annckay, selamat berpuasa to you too and may Allah accrpt our ibadat.

dee3 said...

ehem... nak jugak resipi bubur lambuk tuh, boleh tak? :)
bubur lambuk tak sama ngan bubur kanji, kan? ehmmm...

my mom org kedah jugak.
dia pun cerita masa kecik2 dulu kalo tgh puasa akan pegi kat paip air and kumur² sambil meneguk air. pastu buah lemah longlai. heheh...

dan selamat berpuasa kpd semua :D

dee3 said...

kalau kat swak, midin - it's a form of paku pakis, buat midin sambal belacan sedap wooo!

dulu murah je, seikat banyak cuma 50sen (when i was a kid lah). tapi bila dah dikomersialkan oleh dek tokey2 restoran seafood, maka raw midin makin mahal lah (biasa la tu, la ni mana ada yg murah², ye dak?)

anyways, tak taulah samada daun midin yand dimaksudkan sama cam the midin that i'm referring to.
but the midin that's in my head is high in iron. sbb tu kalau org yg ada darah tinggi kena control comsumption of midin tu ha.

amendment to previous comment: buaH to read as buaT

Kak Teh said...

Deee, bubur lambuk tu kanji lah. memang orang kedah panggil kanji tapi kita tak boh daun midin.

Penglipur Lara said...

Ramdhan al Mubarak Kak Teh!

Hehe dulu masa kecik2 I pun teguk air gak on the pretext of kumur mulut :) Memang hampeh!

Kak Teh said...

liza, nampaknya amalan ni memang universal!! (yang tak patutdituruntemurunkan kepada anak cucu..heheh!)